suria

Penggambaran filem ketiga 'Twilight' sudah bermula

Taylor Lautner (kiri), Kristen Stewart (tengah) dan Robert Pattinson (kanan) bergaya untuk sesi fotografi semasa sidang akhbar mempromosikan filem terbaru mereka "Twilight: New Moon" di San Diego Thursday pada 23 Julai, 2009. -foto AP
Taylor Lautner (kiri), Kristen Stewart (tengah) dan Robert Pattinson (kanan) bergaya untuk sesi fotografi semasa sidang akhbar mempromosikan filem terbaru mereka
Taylor Lautner (kiri), Kristen Stewart (tengah) dan Robert Pattinson (kanan) bergaya untuk sesi fotografi semasa sidang akhbar mempromosikan filem terbaru mereka "Twilight: New Moon" di San Diego Thursday pada 23 Julai, 2009. -foto AP

PENGGAMBARAN untuk filem 'Twilight' siri yang ketiga bertajuk 'Eclipse' sudah bermula di Vancouver BC, Kanada.

Siri 'Eclipse' merupakan susulan daripada 'New Moon' iaitu filem kedua dalam siri yang mengisahkan tentang percintaan antara seorang remaja dan pontianak.

Filem ketiga itu berkisarkan kesinambungan percintaan antara watak Bella Swan yang dipegang oleh Kristen Stewart dan Edward Cullen yang dipegang oleh Robert Pattinson.

Taylor Lautner juga akan kembali memegang wataknya sebagai Jacob Black, manakala Rachelle Lefevre yang sebelum ini berlakon sebagai pontianak Victoria akan digantikan dengan aktress 'Spider-Man 3', Bryce Dallas Howard.

David Slade akan mengarahkan filem 'Twilight' yang ketiga itu yang dijadualkan akan ditayangkan pada 9 Julai 2010.

Filem tersebut diadapatasi daripada novel paling laris tulisan Stephanie Meyer.

Artikel Lain