suria

Michael Jackson mahu jadi Spider-man

Michael Jackson berminat untuk menjadi Spider-Man dan pernah menyuarakan hasratnya kepada pencipta watak superhero berkenaan, Stan Lee. - foto AFP

MICHAEL Jackson pernah menyatakan hasratnya untuk berlakon di dalam filem Spider-Man, dedah pencipta watak superhero tersebut.

Bekas Presiden dan Pengerusi Marvel Comics, Stan Lee, mendedahkan bahawa MJ juga pernah berhasrat untuk mengeluarkan filem tersebut.

"Saya telah pergi ke kediamannya di Neverland. Dia beritahu saya dia mahu menjadi Spider-Man," kata Lee.

"Saya tidak pasti sama ada dia mahu menerbitkan filem tersebut atau memegang watak sebagai Spider-Man dalam filem tersebut. Perbualan kami berkenaan perkara tersebut tidak berlanjutan panjang.

"Dia(Michael) ingat saya mempunyai hak untuk membikin filem Spider-Man, dan saya beritahu dia saya tidak mempunyai sebarang hak.

"Michael selalu datang ke syarikat Marvel. Kami juga berkawan rapat dan Michael adalah seorang insan yang sangat-sangat hebat," tambahnya.

Artikel Lain