suria

Perjalanan dan pengorbanan Kyle XY di TV3

DRAMA siri sains fiksyen Kyle XY mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada musim yang lalu apabila berjaya mencatatkan kadar penontonan sebanyak 2 juta penonton.

Kini dia muncul lagi dengan aksi yang lebih mendebarkan. Kali ini Kyle terpaksa berhadapan dengan cabaran yang paling besar dalam hidupnya – pengorbanan.

Musim ke-3 siri Kyle XY kembali menemui menonton setia TV3 setiap Rabu, jam 11.00malam mulai 22 Julai 2009.

Siri 10 episod ini dibintangi oleh Matt Dallas, Marguerite MacIntyre, Bruce Thomas, April Matson, Jean-Luc Bilodeau, Chris Olivero, Kirsten Prout dan Jaimie Alexander.

Sebagai seorang yang membesar dengan status wira, mereka perlu tahu bahawa ada harga yang perlu dibayar atas kelebihan yang ada pada mereka.

Tetapi Kyle (Dallas) tidak peduli akan peraturan ini. Sebelum ini dia hanya seorang budak lelaki yang tertanya-tanya siapakah dia dan apakah matlamat hidupnya, tetapi kini dalam keadaan tertekan bagaimana sekalipun, dia harus menghadapinya sebagai seorang lelaki.

Dan untuk melakukannya, Kyle terpaksa korbankan perhubungan dengan mereka yang sangat disayanginya.

Apa yang menjadi penyebab kepada perubahan Kyle adalah sebuah organisasi rahsia, Latnok, yang diketuai oleh Cassidy (Hal Ozsan) seorang yang berkarisma.

Latnok merasakan sudah tiba masanya untuk mereka memperkenalkan diri mereka kepada Kyle, mengajak Kyle bekerja bersama-sama mereka dan menjadi seorang lelaki yang sebagaimana telah ditakdirkan.

Tetapi apabila Latnok menggunakan penculikan, ugutan dan manipulasi untuk mendapatkan apa yang mereka mahu, percayakah Kyle pada kejujuran dan keikhlasan dalam niat mereka terhadapnya?

Dengan semua konsentrasi yang Latnok berikan kepada Kyle, apakah yang terjadi kepada Jessi (Alexander)? Sebagai produk dari eksperimen yang sama, adakah Jessi hanya satu gadaian yang yang dapat digunakan oleh Latnok untuk mendapatkan Kyle?

Atau adakah mereka melihat Jesse untuk satu sebab lain? Ataupun, Kyle dan Jessi mesti bekerjasama untuk membongkar motif sebenar Latnok.

Apabila pelbagai masalah muncul dan misteri semakin mendalam, Kyle dan Jessi mendapati mereka semakin rapat.

Dengan unsur-unsur komedi, drama keluarga dan misteri sains fiksyen siri ini amat sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat.

Jadi kepada anda yang ingin mengikuti kisah perjalanan hidup Kyle XY pastikan anda menonton musim baru siri ini yang bakal disiarkan setiap Rabu, jam 11.00 malam mulai 22 Julai 2008 hanya di TV3. Selamat menonton!

Artikel Sebelum

Artikel Lain