suria

Jacko guna 20 nama samaran buat pinjaman akibat beban hutang

Antara mesej-mesej yang ditinggalkan para peminat Michael Jackson di luar pintu pagar rumah sewanya, 'Holmby Hills' di Los Angeles pada 2 Julai 2009. -foto AFP

RAJA Pop Michael Jackson dilaporkan terpaksa mengunakan 20 nama yang berbeza untuk mendapatkan pinjaman kerana kesuntukan wang.

Menurut laporan sebuah surat khabar bisnes, Michael mengunakan nama samaran seperti Presiden Mr. Michael Jackson, Michael JJJ Christ-Jehovah, Michael J Jackson ChristJeh, Michael Jackson Jehovah dan Mike J Jackson untuk membuat pinjaman.

Dia juga pernah mengubah ejaan namanya daripada Michael kepada Micheel untuk tujuan itu.

"Situasi kewangan Michael sudah terlalu teruk, tiada lagi bank yang mahu memberi bantuan kepada beliau," lapor sumber tersebut.

"Semua permohonan pinjaman Michael ditolak satu demi satu," tambah sumber itu.

"Adalah menjadi satu kesalahan untuk memberikan maklumat yang salah ketika membuat pinjaman," kata seorang pakar dalam hal berkaitan pinjaman dan kad kredit, Mike Sikorski.

"Individu yang terlibat melakukan kesalahan ini boleh dikenakan hukuman maksimum 30 tahun penjara atau 1 juta denda atau kedua-duanya sekali," tambah Mike.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain