suria

Farrah Fawcett selamat disemadikan

Ryan O'Neal (kanan) antara yang dilihat mengusung keranda yang membawa mendiang Farah Fawcett ke tempat persemadian - foto REUTERS

LOS ANGELES: Bintang Charlie's Angels, Farrah Fawcett telah disemadikan dalam upacara pengebumian tertutup di Cathedral of Our Lady of the Angels, di sini.

Kekasih mendiang, Ryan O'Neal, 68, adalah antara mereka yang mengiringi keranda yang membawa selebriti popular itu ke tempat persemadian tersebut.

Rakan baik Fawcett, Alana Stewart dan pelakon yang turut sama membintangi Charlie' Angels, Kate Jackson adalah antara yang terawal hadir ke tempat persemadian sebelum keranda membawa mendiang tiba dengan diiringi 10 buah motosikal.

Upacara itu berlangsung lebih sejam, yang mana pihak media dan peminat-peminat hanya dapat menyaksikan dari seberang jalan.

Difahamkan, anak lelaki Fawcett dan O'Neal, Redmond, 24, adalah orang pertama memulakan pembacaan pada upacara pengebumian itu. Redmond sedang dipenjarakan berhubung kes dadah, namun mendapat pelepasan untuk menghadiri pengebumian itu.

Dia bagaimanapun tidak dilihat di luar kawasan tersebut sejurus selepas itu.

Fawcett meninggal dunia pada umur 62 tahun akibat kanser. O'Neal dan Stewart berada di sisinya pada saat-saat akhir mendiang.

Artikel Lain