suria

Program realiti bentuk 'karaoke' Oo La La mula dapat perhatian

Program realiti yang mula mencuri perhatian ramai
Program realiti yang mula mencuri perhatian ramai
Program realiti yang mula mencuri perhatian ramai

DEBARAN minggu pertama dapat dirasai para peserta dan penonton. Cukup baguskah persembahan peserta pada minggu ini. Apa yang pasti, masih banyak perubahan serta peningkatan yang harus dilakukan oleh semua peserta bagi meraih undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dari para peminat.

Minggu ini, peminat berpeluang melihat dan menilai sendiri kehebatan peserta-peserta yang terpilih. Adakah peserta telah berjaya menarik minat penonton? Perjalanan peserta masih jauh, justeru, juri dan peminat ingin melihat perubahan demi perubahan dalam persembahan seterusnya.

Buat kali pertamanya, TV9 menerbitkan sebuah rancangan realiti hiburan yang diberi nama Oo La La yang melibatkan ahli keluarga seperti ibu, bapa, ibu saudara, bapa saudara dan kakak.

Oo La La yang bertujuan untuk mencari bakat baru remaja dalam bidang nyanyian bakal menyaksikan perkembangan mereka dalam mengejar impian menjadi seorang bintang dari minggu ke minggu.

Program realiti hiburan berkonsep kekeluargaan ini akan melibatkan anggota keluarga seperti ibu, bapa, ibu saudara, bapa saudara dan kakak.

Seramai 10 pasangan telah dipilih di mana enam daripada pasangan ini terdiri daripada penyanyi terkenal tanahair, sementara empat pasangan lagi adalah dari peserta awam yang berbakat dalam bidang nyanyian.

Antara penyanyi terkenal yang terlibat adalah Andy Flop Poppy dan anaknya Megat Danial, Juliza Adzlizan bersama dua anak saudaranya bernama Ajreena dan Shakina; Neves dari kumpulan Pretty Ugly bersama Reen; Eddie Hamid dan Farah; Aris Ariwatan dan Shahida.

Empat lagi pasangan terdiri daripada Ameer dari MyStarz LG bersama bapanya Bakri; Afiq (Idola Kecil) bersama kakaknya Rini; Amira bersama ibunya Alina dan Dilla bergandingan dengan bapanya Yazid.

Saingan hebat dapat dilihat apabila melibatkan pasangan yang berpengalaman dalam bidang seni mendidik generasi mereka berbanding dengan pasangan yang tidak bergelar artis.

Manakala penyingkiran akan dinilai melalui keupayaan pasangan masing-masing dalam mengetengahkan bakat ahli keluarga masing-masing sebagai seorang penghibur dan bukannya berdasarkan kepada nama mereka yang sememangnya sudah dikenali ramai.

Rancangan realiti Oo La La juga akan memberi peluang kepada penonton untuk mengundi peserta pilihan mereka bagi menentukan kedudukan pasangan peserta setiap minggu.

Sementara hadiah-hadiah menarik ditawarkan kepada juara Oo La La iaitu berupa wang tunai berjumlah RM30,000, tempat kedua RM20,000 dan tempat ketiga RM10,000. Siapa bakal meraih gelaran juara dan sekaligus menggenggam RM30,000?

Senarai peserta adalah seperti berikut:

1. Andy Flop Poppy & Megat Danial 2. Juliza Adzlizan bersama Ajreena & Shakina 3. Eddie Hamid & Farah 4. Neves Pretty Ugly & Reen 5. Aris Ariwatan & Shahida 6. Amir My Starz LG & Bakri 7. Afiq Idola Kecil & Rini 8. Amira & Alina 9. Dilla & Yazid

Untuk mengtetahui bakal juara Oo La La, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan program yang penuh dengan aksi spontan dan kejutan yang akan disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam bermula 23 Mei 2009.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain