suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brad Pitt nafi berpisah dengan Jolie

Pitt dilihat cukup mesra bersama Jolie ketika berada di Festival Filem Cannes baru-baru ini
Pitt dilihat cukup mesra bersama Jolie ketika berada di Festival Filem Cannes baru-baru ini
Pitt dilihat cukup mesra bersama Jolie ketika berada di Festival Filem Cannes baru-baru ini

PELAKON popular Brad Pitt telah menafikan khabar angin bahawa dia dan Angelina Jolie akan berpisah.

Pasangan 'Brangelina' ini semakin menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini berikutan isu hubungan mereka yang dikatakan sedang berdepan dengan masalah.

Laporan yang mengatakan Pitt ada bertemu dengan bekas isterinya, Jennifer Aniston bulan lalu dikatakan telah menyemarakkan lagi 'api' tersebut.

Namun begitu, Pitt menegaskan bahawa dia masih menyayangi Jolie dan aktor itu dilihat cukup mesra dan mencium pasangannya itu di hadapan beberapa selebriti lain ketika berada di Festival Filem Cannes, baru-baru ini.

"Saya sedang dilamun cinta dan mempunyai sebuah keluarga yang hebat - apa lagi yang seorang lelaki mahukan? Saya adalah lelaki yang paling gembira," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain