suria

Miley Cyrus nafi kembali bersama Nick Jonas

Miley Cyrus
Miley Cyrus
Miley Cyrus

MILEY Cyrus menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kembali menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasih, Nick Jonas, dan menegaskan mereka hanya kawan rapat.

Bintang siri Hannah Montana itu ketika ini sedang intim dengan model Justin Gaston, tetapi menurut sebuah laporan, Cyrus dikatakan semakin rapat semula dengan Nick yang merupakan anggota kumpulan The Jonas Brothers.

Ketika ini, bintang berusia 16 tahun itu menggunakan laman web Twitter untuk menafikan gosip yang dianggap 'bodoh' itu dan menegaskan, walaupun mereka sering dilihat bersama, mereka tidak lebih sebagai sahabat.

"Memang sedih bila memikirkan ada mereka di luar sana yang tidak berkawan dengan bekas kekasih mereka kerana ia sebenarnya tidak mustahil," katanya.

"Justin dan Nick adalag dua individu yang hebat dan cukup bermakna buat saya. Saya sayangkan kedua-duanya. Justin seorang yang hebat dan suka buat saya ketawa.

"Nick pula seorang yang baik. Dia berjaya menyentuh perasaan ramai menerusi lagunya, bukan saja menerusi bakat tetapi hatinya juga. Cinta kami terhadap muzik adalah faktor yang membuatkan persahabatan kami masih kukuh," katanya.

Artikel Lain