suria

Priyanka terpilih untuk 'Anugerah Nielson Box Office'

Bakat Priyanka mula mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Bakat Priyanka mula mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Bakat Priyanka mula mendapat pengiktirafan antarabangsa.

BEKAS 'Miss World' Priyanka Chopra akan menerima anugerah Nielsen Box Office.

Anugerah, yang diberi atas semua sumbangan yang telah dibuat oleh Priyanka dalam filem Asia, akan disampaikan oleh The Hollywood Reporter dalam Anugerah Filem Asia pada 23 Mac.

Dan inilah kali ketiga anugerah serupa ini diadakan di Filem Festival Hong Kong yang ke 33 di Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

"Priyanka Chopra adalah aktres Bollywood nombor satu dan beliau telah menerima banyak pencalonan di atas semua kerja selama ini," jelas Eric Mika, penerbit Hollywood Reporter dan juga Vice President, Nielsen Media dan Entertainment Group.

"Kami rasa sungguh bertuah kerana dapat memberi anugerah ini kepada seorang aktres muda yang telah menyumbangkan begitu banyak jasa dalam masa yang begitu singkat."

Chopra memulakan dunia lakonan dengan membintangi filem “Andaaz” pada tahun 2002 yang terus membuat dirinya diminati ramai. Filem ini juga telah memberi kemenangan kepada Chopra kerana terpilih sebagai Aktres Terbaik di anugerah 'Filmfare'.

Anugerah Filem Asia ini akan dapat ditonton oleh 30 juta di 30 buah negara dan menerusi Star World pula, ianya boleh ditonton oleh 79 juta orang.

Artikel Berikut

Artikel Lain