suria

ASWARA diisytihar badan berkanun

Shafie Apdal mengisytiharkan ASWARA sebagai badan berkanun.
Shafie Apdal mengisytiharkan ASWARA sebagai badan berkanun.
Shafie Apdal mengisytiharkan ASWARA sebagai badan berkanun.

KUALA LUMPUR:Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Apdal hari ini mengisytiharkan bahawa Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan.

Langkah menaik taraf itu dibuat mengikut kuasa menteri selaras dengan Akta Akedemi Seni Budaya Warisan Kebangsaan (Akta 653), katanya pada majlis Konvokesyen Aswara ketujuh bagi 141 siswa akademi itu di sini hari ini.

Aswara juga buat kali pertama menganugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana (Seni) kepada penggiat bangsawan, teater dan filem Melayu, Abdul Rahman Abu Bakar, 74, atau lebih dikenali sebagai Rahman B.

Shafie berkata penerimaan oleh industri seni merupakan satu pengiktirafan terhadap kewibawaan graduan Aswara.

"Kita juga harus berbangga dengan pencapaian graduan ASWARA kerana mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di institusi pengajian tinggi baik dalam mahupun luar negara," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain