suria

Zinta 'kahwin paksa' dalam Videsh

Zinta dipaksa kahwin dalam 'Videsh'.
Zinta dipaksa kahwin dalam 'Videsh'.
Zinta dipaksa kahwin dalam 'Videsh'.

AKTRES paling sibuk di Bollywood, Preity Zinta terpaksa menangguhkan segala urusannya yang lain bagi menumpukan kepada promosi filem terbarunya, "Videsh."

Filem yang diarahakan oleh Deepa Mehta ini khabarnya akan diedarkan akhir Mac dan merupakan buah tangan terkini Zinta setelah filem 'Jhoom Barabar Jhoom' pada 2007.

Dalam filem 'Videsh', Zinta membawa watak seorang wanita Punjab yang terpaksa pergi ke ke Kanada dan mengahwini lelaki yang tidak pernah dikenalinya.

"Dalam 'Videsh', saya membawa watak bernama Chand yang berasal dari keluarga pertengahan. Perkahwinan saya telah diatur dan saya terpaksa pergi ke Kanada untuk berkahwin dengan orang dan tinggal dengan keluarga yang tidak saya kenali.

"Filem ini mengisahkan tentang immigrasi dan keganasan keluarga," kata Zinta.

Zinta pernah mendapat anugerah kerana lakonannya dalam filem 'Videsh', versi Inggeris. Filem itu dinamakan 'Heaven on Earth' dan memenangi anugerah di filem festival tahun lepas.

"'Videsh', yang ditukar tajuknya kepada 'Heaven on Earth', telahpun diedarkan di Kanada dan mendapat sambutan hangat.

"Saya harap orang di India pun akan menyukai filem ini," kata aktres berusia 34 tahun ini.

Zinta juga berkata, dia sudah penat bersaing dengan aktres Bollywood muda yang lain.

Artikel Berikut

Artikel Lain