suria

Ron Silver meninggal kerana kanser kerongkong

Mendiang adalah seorang pejuang kebebasan bercakap dan hak artis.
Mendiang adalah seorang pejuang kebebasan bercakap dan hak artis.
Mendiang adalah seorang pejuang kebebasan bercakap dan hak artis.

PEMENANG anugerah dan juga aktivis Ron Silver, yang pernah mendapat pencalonan Emmy untuk wataknya dalam siri drama TV, "The West Wing," meninggal pada hari Ahad lepas kerana kanser di usia 62 tahun.

"Ron Silver meninggal dengan tenang dalam tidurnya dan keluarganya juga berada di sisinya pada pagi Ahad itu," kata Robin Bronk, pengarah ekskutif Creative Coalition, yang ditubuhkan bersama Silver.

Bronk berkata Silver berada dengan keluarganya di New York City dan telah bertarung dengan kanser esophageal (kerongkong) selama dua tahun.

Bagi Bronk, Silver bukan sahaja aktor yang berbakat besar tapi selalu memperjuangkan kebebasan bersuara dan hak artis.

Creative Coalition adalah satu organisasi seni yang berteraskan politik dan ditubuhkan pada 1989 oleh mendiang Silver, Alec Baldwin dan Susan Sarandon, antara lain.

Silver, yang menang Tony Award dalam Broadway pada 1988 kerana drama yang dilakonnya dalam "Speed the Plow," adalah seorang pejuang dan aktivis puak liberal tapi selepas peristiwa September 11, beliau menjadi penyokong parti Republican dan President George W. Bush.

Ramai yang akan mengingatinya sebagai strategis Bruno Gianelli on "The West Wing" tapi lakonannya yang paling berkesan ialah dalam drama pembunuhan thriller "Billionaire Boys Club."

Beliau dibesarkan di New York City dan memilikki ijazah sarjana dalam pengajian Cina dari St. John's University in New York dan belajar drama di Actors Studio.

Mendiang Silver meninggalkan isteri Lynne Miller, seorang anak lelaki dan anak perempuan.

Artikel Lain