suria

Zac cemar imej bersihnya dengan beraksi bogel

Zac Efron mencemar imej bersihnya dengan beraksi lucah dengan seorang wanita.
Zac Efron mencemar imej bersihnya dengan beraksi lucah dengan seorang wanita.
Zac Efron mencemar imej bersihnya dengan beraksi lucah dengan seorang wanita.

KALAU dilihat dari wajahnya yang persis seperti 'budak baik', tiada siapa yang akan menyangka aktor Zac Efron yang selalu membintangi filem berkisar kanak-kanak ini akan tergamak beraksi bogel dengan seorang wanita untuk majalah.

Tapi itulah yang terjadi dengan Zac yang selalu mendapat jolokkan Putera Disney ini.

Bagi Zac, sudah sampai masanya dia menonjolkan dirinya yang dewasa dan bersedia memberi kerjasama utnuk projek-projek khas untuk orang dewasa.

Buah hati dan aktor kegilaan ramai gadis setelah populariti filem "The High School Musical" ini beraksi lucah dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah foto dalam sebuah majalah keluaran bulan April.

"Ianay berlainan sama sekali dari apa yang pernah saya lakukan sebelum ini," kata Zac.

Malah, role model Zac ialah Hugh Jackman, Lelaki Paling Seksi.

Kata bintang berusia 21 tahun ini, dia cukup teruja untuk mengikuti jejak langkah Jackman yang merupakan idolanya.

Artikel Lain