suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Britney tidak berpacaran dengan ejennya Jason

Ramai yang meragui tentang gosip baru Britney Spears kononnya dia berpacaran dengan ejennya...
Ramai yang meragui tentang gosip baru Britney Spears kononnya dia berpacaran dengan ejennya...
Ramai yang meragui tentang gosip baru Britney Spears kononnya dia berpacaran dengan ejennya...

LUPAKAN saja tentang gosip terbaru, kononnya Britney Spears dan bekas ejennya Jason Trawick mempunyai hubungan istimewa.

"Itu semua hanya gosip saja. Semua itu tidak benar sama sekali. Jason adalah ejen Britney. Itu saja," kata laporan terbaru.

Malah perkhabaran terbaru kononnya Britney dan Jason sedang berpacaran hanya olokan semata.

Pemerhati industri memberitahu, lagipun Jason bukan jenis lelaki yang diminati Britney.

"Lihat saja semua lelaki yang pernah keluar dengannya dulu," kata satu sumber.

"Jason telah menjadi ejennya selama empat tahun dan mereka sangat rapat. Jason juga rapat dengan keluarga Britney tapi setakat itu saja. Tiada langsung hubungan romantik seperti yang digembar-gemburkan," kata sumber itu lagi.

"Walaupun Jason pernah bersama-samam Britney ke beberapa road tour tapi itu biasa bagi semua ejen untuk menyokong kerjaya artis yang dijaganya.

"Cerita tentang mereka bercinta mengarut saja," kata sumber itu.

Artikel Lain