suria

Charlie Sheen dan isteri dapat anugerah 'kembar lelaki'

Pasangan ini begitu gembira mendapat sepasang kembar lelaki.
Pasangan ini begitu gembira mendapat sepasang kembar lelaki.
Pasangan ini begitu gembira mendapat sepasang kembar lelaki.

KEHADIRAN cahayamata adalah saat yang paling membahagiakan pasangan suami isteri. Tambahan pula yang akan disambut itu sepasang kembar tentulah perasaan itu lebih lagi.

Bagi pasangan bahagia, aktor kacak Charlie Sheen dan isterinya Brooke Mueller Sheen tidak dapat melafazkan kata-kata apabila menatap pasangan kembar lelaki mereka minggu lepas.

Aktor "Two and a Half Men" Charlie Sheen dan isterinya hanya mampu tersenyum riang dan sungguh 'ekstatik' dengan kehadiran anak mereka.

Kembar pasangan itu yang dinamakan Bob dan Max, dilahirkan di Los Angeles dan menurut publisis pasangan ini, ibu dan kembar tersebut berada dalam keadaan sihat kini.

Kembar tersebut adalah yang pertama buat Charlie dan Brooke.

Pasangan ini berkahwin pada bulan Mei tahun lepas. Charlie Sheen ada dua orang anak perempuan dengan bekas isteri Denise Richards dan seorang anak perempuan dengan bekas teman wanitanya.

Artikel Lain