suria

Astro Awani buat siaran langsung pilihanraya kecil Kuala Terengganu

Calon BN, Datuk Wan Farid Ahmad Wan Salleh keluar mengundi.
Calon BN, Datuk Wan Farid Ahmad Wan Salleh keluar mengundi.
Calon BN, Datuk Wan Farid Ahmad Wan Salleh keluar mengundi.

[SEMASA] PADA hari Sabtu, 17 Januari ini bakal menyaksikan episod politik yang pertama tahun 2009 apabila Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan. Pemerhati politik berpendapat isu utama yang diberi perhatian pengundi ialah mewujudkan peluang pekerjaan, pendidikan dan ekonomi.

Hanya calon yang mampu memenuhi tuntutan ini dilihat akan menang pilihan raya kecil ini. Ini kerana lebih 60 peratus daripada pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu berumur bawah 40 tahun.

Pengurus Besar Astro AWANI, Rozina Aziz berkata, “Laporan kami sepanjang minggu ini akan memfokuskan isu dan perkara yang dekat di hati rakyat.

"Kami akan menganalisa fakta dan laporan menjurus kepada bagaimana pengundi di Kuala Terengganu melihat masa depan mereka dan menterjemahkannya kepada undi dengan mengambil kira masa depan ekonomi yang suram.”

Tambah Rozina, “Astro AWANI telah memantau dan melaporkan pembangunan di Kuala Terengganu secara dekat sejak kematian mengejut bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Kami telah menerima banyak respon yang positif daripada penonton setia kami dan berharap mereka terus setia bersama kami pada 17 Januari ini kerana kami akan membawakan komentar, analisis, temuramah dan laporan secara langsung dari lokasi.

Pasukan ini akan diketuai Penyampai Berita berpengalaman, Suhaimi Sulaiman dan Wartawan Kanan, Rohaida Mohamad sepanjang hari.”

Selain itu, rancangan bual bicara yang makin mendapat perhatian penonton, Analisis AWANI juga akan bersiaran menganalisis pilihan raya kecil ini.

Pengacara Kamarul Bahrin Haron dan Nazri Kahar akan membincangkannya bersama tetamu jemputan di studio kami di Kuala Lumpur. Selain itu, Suhaimi Sulaiman juga akan membuat analisanya dari lokasi.

Berikut adalah jadual program Astro AWANI untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu:

Masa Programme 8:00pagi - 5:30ptg Siaran langsung berita, temuramah dan analisis pada setiap jam dalam AWANI Global dan Atma Asia.

5:30ptg - 6:00ptg Siaran langsung Analisis AWANI bersama Kamarul Bahrin dan Nazri Kahar dari bilik berita serta Suhaimi Sulaiman di Kuala Terengganu.

6:00ptg - 6:30ptg Siaran langsung AWANI Global

6:30ptg - 7:00mlm Ulangan Analisis AWANI

7:00mlm - 7:45mlm Siaran langsung Atma Asia

7:45mlm - 8:30mlm Siaran langsung AWANI Global

8:30mlm - 9:00mlm Siaran langsung Analisis AWANI bersama Kamarul Bahrin dan Nazri Kahar dari bilik berita serta Suhaimi Sulaiman di Kuala Terengganu.

9:00mlm - 10:00mlm Siaran langsung AWANI Global

10:00mlm - 11:00mlm Siaran langsung Analisis AWANI bersama Kamarul Bahrin dan Nazri Kahar dari bilik berita serta Suhaimi Sulaiman di Kuala Terengganu.

11:00mlm - 11:30mlm Siaran langsung Atma Asia

11:30mlm - 12tgh mlm Ulangan Analisis AWANI

12:00tgh mlm - 1:00pagi Siaran langsung AWANI Global

Untuk laporan terkini dan analisis mendalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, tontoni Astro AWANI (Saluran 501). Setia bersama kami yang akan bersiaran mulai jam 8.00 pagi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Rozina Aziz, Pengurus Besar, Astro AWANI ( Tel: +012-206 7228 atau e-mail [email protected] )

Artikel Lain