suria

Karnival SB Ria, berhibur sambil beramal

Sepuluh pasangan Sehati Berdansa akan memeriahkan karnival Sehati Berdansa Ria (SB Ria)di Padang Timur Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada Sabtu ini.
Sepuluh pasangan Sehati Berdansa akan memeriahkan karnival Sehati Berdansa Ria (SB Ria)di Padang Timur Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada Sabtu ini.
Sepuluh pasangan Sehati Berdansa akan memeriahkan karnival Sehati Berdansa Ria (SB Ria)di Padang Timur Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada Sabtu ini.

KEMERIAHAN program realiti tarian, Sehati Berdansa terbitan Astro Ria terus dimeriahkan lagi dengan penganjuran karnival Sehati Berdansa Ria (SB Ria) yang akan diadakan pada 20 Disember ini.

Dengan konsep berhibur sambil beramal, karnival SB Ria dijangka akan menarik minat pelbagai golongan masyarakat untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang karnival tersebut berlangsung.

Menurut penerbit rancangan Sehatia Berdansa, Norazian Tahir, karnival tersebut dianjurkan bagi memberi peluang kepada peminat di luar sana untuk beramah mesra dengan pasangan selebriti yang diminati oleh mereka.

“Insya-Allah, kesemua peserta Sehati Berdansa musim ini akan memeriahkan karnival SB Ria. Peminat juga boleh turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan, seperti senamrobik dan lelongan amal daripada peserta program ini,”katanya.

Antara pasangan yang dijangka hadir adalah Asheed dan Shima, Sharil dan Ani, Sabrina Ali dan Shahrin, Ani Maiyuni dan Zairi, Jamal Jamaludin dan Faridah, Sasha Saidin dan Salyo, Mazin dan Anisa

Tidak terkecuali tiga pasangan yang masih kekal dalam program Sehati Berdansa , pasangan, Amyza Aznan dan Khairil Lisdawati dan Fauzi Nawawi serta Khai dan Rosma.

Mengulas lanjut mengenai program amal tersebut, Norazian berkata, setiap peserta dikehendaki membawa dan menjual barangan peribadi masing-masing.

“Peserta boleh jual apa sahaja barangan kepunyaan mereka seperti kasut, baju, cermin mata dan sebagainya,” katanya.

Menurut Norazian, jumlah kutipan yang diperolehi daripada lelongan amal pada hari itu akan disalurkan bagi membantu meringankan beban, pasangan Shahril Arsat yang juga bekas pemain bola sepak Selangor dan isterinya, Noraini Morat.

Anak pasangan ini disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

Pasangan ini tersingkir di minggu kedua program Sehati Berdansa musim ini.

Selain itu, terdapat beberapa booth dari setiap badan kebajikan yang diwakili oleh kesemua peserta Sehati Berdansa akan dibuka dan orang ramai boleh menghulurkan sumbangan ikhlas kepada golongan yang memerlukan.

Sepuluh badang kebajikan tersebut adalah Persatuan Pencinta Alam Malaysia Yayasan Jantung Malaysia, Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Majlis Kanser Nasional, Pusat Kebangsaan Autism Malaysia, Persatuan Diabetes Malaysia,Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia, Rumah Nur Salam serta Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

Bagi sesiapa yang ingin bertemu dengan artis pujaan mereka bolehlah berkungjung ke Karnival Sehati Berdansa Ria, yang akan berlangsung pada 20 Disember ini bermula pada jam 6:30 pagi hingga 12 tengah hari di Padang Timur Majlis Perbandaran Petaling Jaya (berhampiran pusat membeli belah Amcorp Mall).

Artikel Sebelum

Zizie dibayangi kejahatan Norell

Artikel Berikut

Artikel Lain