suria

Hari Penentu Keputusan Syarikat Konsesi Air Di Selangor

Pengendali rawatan air tidak boleh lagi memperoleh air mentah di Selangor rawatannya untuk dibekalkan kepada Syabas sekiranya lesen tidak diperbaharui.

PETALING JAYA: Empat syarikat konsesi air di Selangor mempunyai tempoh sehingga hari ini untuk membuat keputusan sama ada menerima tawaran kerajaan negeri untuk membeli aset mereka.

Sebelum ini, kesemua syarikat itu terutama Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) menolak tawaran RM9.65 bilion daripada kerajaan negeri.

Bagaimanapun menerusi tawaran terbaharu, Kerajaan Selangor telah mengadakan persefahaman dengan Kerajaan Persekutuan, yang mana memberikan lebih kepentingan.

Syarikat-syarikat konsesi air itu turut dipercayai mendapatkan nasihat perundangan selepas langkah taktikal oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang tidak memperbaharui lesen untuk mendapatkan air mentah apabila ia tamat pada akhir Mei.

Tanpa lesen itu, pengendali pelan rawatan air tidak boleh lagi mendapatkan air mentah di negeri itu bagi merawat air untuk dibekalkan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), satu-satunya pembekal air di Selangor.

"Kita difahamkan daripada pengurusan Puncak Niaga Holdings Bhd bahawa mereka akan mendapatkan nasihat perundangan berhubung perkara ini. Kita juga tidak akan mengetepikan kemungkinan mengenai syarikat konsesi lain, seperti Splash yang mungkin juga mendapatkan nasihat perundangan," kata Kenanga Research dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.

Puncak Niaga merupakan pengendali rawatan air terbesar di neegri itu dengan pemilikan PNSB 100%  dan 70% kepentingan dalam Syabas.

Manakala Splash dikawal 40% oleh Gamuda Bhd, 30% oleh Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) dan 30% lagi oleh Sweetwater Alliance, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah.

Syarikat konsesi keempat bagi rawatan air di Selangor adalah Konsortium Abass Sdn Bhd, yang hampir menjadi milik penuh okepada KPD, apabila ia menjadi 57.9% anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

KDEB merupakan cabang pelaburan kerajaan negeri yang ditugaskan untuk memperoleh kesemua aset air daripada syarikat-syarikat konsesi.

Kerajaan Persekutuan boleh menggunakan Seksyen 1 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA), bagi membolehkannya untuk mewajibkan pengambialihan aset air pada sebarang harga, sekiranya syarikat-syarikat konsesi air menolak tawaran kerajaan negeri.

"Tetapi adakah Kerajaan akan terus dengan tawarannya di bawah perjanjian persefahaman (MoU) dan menggunakan WSIA?," kata salah seorang pemerhati industri.

Beliau berkata, keputusan LUAS untuk tidak memperbaharuhi lesen perolehan air mentah adalah tidak relevan dengan WSIA.

syabas, pnsb, luas, kenanga research, kedb, splash

Artikel Sebelum

Artikel Lain