suria

Projek RM4.5 Bilion Di Pulau Pinang Dan Seberang Perai

GEORGE TOWN: Pemaju yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang akan membangunkan beberapa projek kediaman dan komersial di Pulau Pinang pada tahun ini dalam persekitaran yang mencabar ketika ini di mana pasaran hartanah domestik dijangka lemah.

Projek kediaman dan komersial itu dianggarkan bernilai RM1.86 bilion di tanah besar di Seberang Perai manakala RM2.7 bilion lagi akan dilancarkan di pulau itu.

Bagaimanapun, bilangan hartanah kediaman yang dilancarkan lebih rendah di pulau itu berikutan kekurangan tanah, kos tanah yang semakin tinggi dan pasaran hartanah yang mencabar.

Ini juga berikutan nilai pembangunan kasar (GDV) projek-projek yang dilancarkan di pulau itu pada tahun ini lebih tinggi. 

Para pemaju bersedia untuk melancarkan projek-projek baru termasuk IJM Land Bhd (GDV RM538.5 juta), Mah Sing Group Bhd (RM280 juta), DNP Land Sdn Bhd (RM800 juta) , anak syarikat Wing Tai Malaysia Bhd, Ideal Bintang United (RM935 juta), Tambun Indah Land Bhd (RM616 juta) , Sunway Bhd (RM290 juta) , SP Setia Bhd (RM300 juta), dan Eastern & Oriental Bhd (RM800 juta).

Di Seberang Perai, antara projek yang lebih besar dirancang setakat ini adalah projek BM Mahkota di bawah DNP Land (RM250 juta), skim Jesselton Hills di Bukit Mertajam RM550 juta dan Tambun Indah Landa RM616 juta dilancarkan di Bukit Mertajam dan Pearl City di Simpang Ampat , Seberang Perai Selatan.

Di pulau itu , Ideal United Bintang merancang paling banyak projek-projek untuk dilancarkan tahun ini.

Kumpulan itu akan melancarkan projek kediaman di daerah bahagian barat daya kira-kira RM935 juta , termasuk projek pembangunan bercampur seperti Solaria RM265 juta dan Idea Vision Park fasa kedua RM220 juta, dan Imperial Residences fasa kedua RM450 juta.


Artikel Lain