Pembuat Perabot Malaysia Digesa Kuasai Lebih Banyak Pasaran - Niaga | mStar

Pembuat Perabot Malaysia Digesa Kuasai Lebih Banyak Pasaran

Datuk Tan Chin Huat
Tan Chin Huat.

KUALA LUMPUR: Ekoran China kini bergelut isu kenaikan gaji yang menjejaskan daya saing industri perabotnya, Malaysia wajar merebut peluang untuk memperoleh penguasaan yang lebih besar, kata penggiat industri terbabit.

"Barangan pengguna China masih murah, namun bagi perabot, kedudukan kita sudah setanding," kata Pengerusi Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF), Datuk Dr Tan Chin Huat.

Berikutan kos yang semakin meningkat di China, pengeksport perabot terbesar Asia, ramai pembeli antarabangsa kini mencari sumber alternatif yang menawarkan kualiti yang sama, namun pada kos yang lebih rendah, katanya.

“Inilah masa terbaik untuk menarik perhatian mereka kepada kita di Asia Tenggara," kata Tan.

Malaysia berada pada kedudukan yang baik berdasarkan reputasinya sebagai pengeluar barangan berkualiti, tenaga mahir dan masa penyerahan yang memenuhi standard antarabangsa, katanya.

Gaji pekerja Anji Yangtze Furniture Co Ltd, pembuat perabot dari Zhejiang, China, meningkat tiga kali ganda sejak 15 tahun lepas.

Pekerja syarikat itu dibayar 1,500 yuan (RM800) sebulan 15 tahun lepas, namun hari ini mereka membawa pulang 4,500 yuan, kata Pengurus Jualannya Alex Chan.

Keadaan ini menjejaskan daya saing perabot buatan China berikutan harga produk mereka semakin mahal," katanya kepada Bernama pada MIFF yang berlangsung di sini selama lima hari dan berakhir pada Sabtu.

Ini sebaliknya membuka ruang untuk Asean, hab pengeluaran perabot dengan Vietnam sebagai pengeksport perabot kedua terbesar Asia dan Malaysia di tempat ketiga.

"Syarikat Malaysia menjual perabot masing-masing di Amerika Syarikat dan Eropah. Pembeli di negara ini sangat memilih dan jika anda membekalkan produk ke sana, memang produk anda baik," kata Chan.

Pembuat perabot tempatan perlu mencari pasaran lain, seperti China, dengan menghasilkan reka bentuk yang tepat dan saiz produk untuk pasaran berbeza, katanya.

Sebagai contoh, Malaysia yang terkenal atas produk perabot kayu keras, boleh mengintai penguasaan lebih besar dalam perabot jenis itu secara lebih agresif, katanya.

Hikari Global Trading Co, pemborong utama Jepun yang membelanjakan AS$500 juta setahun untuk menyumber perabot dari luar negara, merancang membeli lebih banyak dari Malaysia.

Syarikat itu kini mengimport 50 peratus perabot dari China dan 50 peratus dari Asean, akan menambah pembelian dari Asean, kata Pengarah Urusannya Chie Kikuchi.

"Kami mendapati harga produk dari China semakin meningkat, dan berhadapan cabaran memandangkan pasaran itu mempunyai budaya dan amalan perniagaan yang berbeza," katanya.

Jika pembuat perabot Malaysian dapat menghasilkan produk yang lebih kreatif selain saiz untuk pengguna Jepun, Hikari akan meningkatkan belian dari sini," katanya.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menggesa pembuat perabot tempatan supaya menggunakan teknologi baharu dalam menghasilkan pelbagai produk bernilai tambah tinggi.

Untuk kekal kompetitif, mereka perlu meningkatkan rangkaian nilai, daripada pengeluar peralatan asal kepada jenama atau reka bentuk asli, katanya.

Malaysia mengksport RM7.4 billion nilai perabot pada 2013, dengan Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Singapura dan United Kingdom, merupakan negara pembeli terbesar.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain