suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emas dibuang, simpan kad bercorak! Murid Tahun 2 buat kecoh di sekolah, agih ‘gold bar’ ibu untuk kawan sekelas

Kanak-kanak belum memahami sepenuhnya nilai sesuatu barangan. -Gambar hiasan AI

KANAK-KANAK sekolah rendah memang mudah teruja dan kadangkala mereka langsung tidak faham nilai sebenar sesuatu barang berharga yang dipegang.

Menerusi perkongsian, seorang wanita menceritakan kejadian lucu tapi memeningkan di kelas anaknya.

Katanya, salah seorang murid Tahun Dua begitu teruja membawa kad jongkong emas (gold bar) milik ibunya ke sekolah dan membahagikannya kepada beberapa orang rakan sekelas.

Ibu bapa perlu menghadap pelbagai kerenah anak hingga mereka meningkat remaja. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa perlu menghadap pelbagai kerenah anak hingga mereka meningkat remaja. -Gambar hiasan AI

"Kejadian ni boleh kantoi sebab ada mak ayah yang hubungi cikgu. Mereka bertanya mengapa anak bawa balik kad gold bar ke rumah.

"Namun situasi jadi lebih memeningkan sebab kadnya ada, tapi gold bar pula tiada," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Malu mak hantar, anak Tingkatan 3 mogok tak mahu belajar! Suruh beli YSuku kalau nak suruh sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan terima gangguan seksual di sekolah, keluarga terkilan respons acuh tak acuh guru - “Biasalah budak-budak tengah membesar”

Menurut wanita itu lagi, rakan-rakan kepada murid tersebut dipercayai mencungkil keluar gold bar pada kad-kad berkenaan sebelum ia dibuang begitu sahaja.

"Ada kawan-kawan dia yang buang gold bar tu dan ambil kad sahaja. Sebab kad tu cantik dan bercorak," katanya.

Ditanya keadaan murid berkenaan selepas kejadian tersebut, wanita itu berkata kanak-kanak itu kelihatan ceria seperti tiada aapa yang berlaku.

"Budak tu elok saja sengih-sengih datang sekolah macam biasa," katanya menjawab persoalan warga maya.

  • Murid Tahun Dua didakwa membawa kad jongkong emas milik ibunya ke sekolah.
  • Kad gold bar berkenaan kemudian dibahagikan kepada beberapa orang rakannya.
  • Ibu bapa mula menghubungi guru selepas anak mereka membawa pulang gold bar.
  • Ada murid dipercayai membuang gold bar dan hanya mengambil kad kerana tertarik dengan coraknya.
  • Murid terbabit dilihat masih ceria di sekolah selepas kejadian tersebut.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa pernah melalui pengalaman serupa apabila anak mereka begitu 'pemurah' membawa barangan berharga ke sekolah.

"Anak saya Tahun Satu ambil duit abang dia bagi kat kawan seorang RM50. Guru kelas ada tanya saya. Memang duit selebihnya tu hilang macam tu je.

"Anak lelaki bagi cincin emas aku dekat anak jiran belakang. Nasib baik la mak budak tu datang rumah dan pulangkan," komen netizen.

Artikel Lain