ADAB dalam berniaga sering dianggap sebagai antara faktor utama yang bukan sahaja 'menarik' rezeki tetapi faktor kembali mendapat kepercayaan terhadap produk atau perkhidmatan.Namun tidak semua peniaga terutamanya dalam sektor perkhidmatan mampu mempamerkan adab yang cantik apabila berdepan pelanggan seperti mana dilalui wanita ini. Dia mendakwa menerima layanan kasar daripada seorang peniaga ketika membeli ayam gunting di sebuah gerai.Ceritanya, dia membuat pembayaran menggunakan kod QR sebelum mesin pembayaaran mengeluarkanb bunyi menandakan transaksi berjaya.Bayaran kod QR sudah menjadi kelaziman dalam peniagaan. -Gambar hiasan AI"Mesin tu dah bunyi anda telah menerima.... Lepas tu aku nak tunjuklah transaksi dekat dia. Selalunya peniaga memang nak tengok atau ambil gambar."Tapi dia terus cakap dengan nada kasar, Ye kan mesin tu dah bunyi. Pekak ke?'" katanya menerusi perkongsian di media sosial.Terkilan dengan kata-kata tersebut, wanita itu tidak berdiam diri sebaliknya terus memberi teguran peniaga berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu dijerkah penjual roti, rupanya enggan beli sebab ada 'sejarah' dengan peniaga lain - "Kereta besar tapi sombong"ARTIKEL BERKAITAN: Jiran mengadu tak tahan bau ayam goreng, peniaga kecil jual makanan bungkus dari rumah terduduk didenda RM2,000"Kita ini pula darah pahlawan, terus kita balas, engkau kalau biadab jangan meniaga. Buat lingkup kedai," katanya.Menurut wanita itu, sebaik melangkah pergi, dia masih sempat mendengar peniaga tersebut bercakap mengenai dirinya kepada rakan sekerja."Kawan dia tanya apa yang berlaku, dia boleh cakap tah dia yang pekak, nak baran. Sial. Berdesing telinga aku. Memang aku doa kedai kau lingkup tujuh keturunan.Seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila dilayan biadab oleh peniaga ayam gunting.Wanita itu berkata dia hanya ingin menunjukkan bukti transaksi sebelum diherdik dengan kata-kata yang dianggap menghina.Dia membalas teguran tersebut sebelum meninggalkan gerai berkenaan.Lebih mengecewakan, peniaga itu didakwa terus mengumpat dan memakinya di belakang.Netizen menyifatkan adab dan layanan pelanggan merupakan kunci penting dalam dunia perniagaan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kadang tak sedap pun orang beli je kalau kau beradab. Ni kau biadab. Memang sekali tu je la orang beli. Biar miskin yang penting beradab," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan tindakan peniaga itu seperti menyekat rezeki sendiri."Biadab, saya pernah kena macam ni. Hari-hari mulut saya doa agar kedai tu melingkup. Tahu-tahu dah tutup. "Kadang tak faham dengan peniaga macam ini. Susah sangat nak cakap terima kasih. Kalau beradab tak mustahil pelanggan akan datang lagi," komen warga maya.