SEORANG lelaki kecewa selepas MyKad miliknya yang hilang 'dijumpai' selepas mengesan individu tidak bertanggungjawab membuat pembelian menggunakan kad tersebut menerusi bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).Lelaki tersebut memberitahu dia menyedari perkara tersebut selepas membuat semakan di aplikasi MyKasih pada Ahad sebelum mendapati transaksi sebanyak RM49.25 dilakukan oleh individu tersebut pada Sabtu. "Saya sudah buat permohonan MyKad baru tapi belum dapat lagi."Hari itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada memaklumkan MyKad lama tak boleh guna untuk SARA dan sebagainya."Tapi kenapa jadi macam ini? Boleh je pencuri ini guna lagi," luahnya di Threads.Tidak berdiam diri dengan perkara itu, dia turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah pasar raya di Setiawangsa, Kuala Lumpur yang menunjukkan individu dipercayai menggunakan MyKad miliknya pada 25 Jun lalu.Susulan itu, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penghantar makanan merayu agar individu yang menjumpai MyKad miliknya agar memulangkan dokumen tersebut."Pulangkan la, tiada hati perut ke? Ada sebab aku dapat SARA tu. Aku ada anak orang kelainan upaya (OKU) seorang, anak sekolah, anak dekat universiti lagi kena tanggung."Aku kerja rider. Kalau malu nak hantar dekast rumah aku, letak je dekat pasar raya. Susah aku nak buat kerja tiada MyKad," rayunya.