suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek liwat, cabul 2 pelajar bawah umur ditahan di restoran... Pernah ada rekod amang seksual kanak-kanak

Amang seksual pelajar bawah umur adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan AI

SUSPEK disyaki melakukan serangan seksual terhadap dua pelajar lelaki sebuah kolej berusia 15 tahun berjaya ditahan di sebuah restoran di Shah Alam pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 30-an itu ditahan selepas laporan polis dibuat mangsa pada Jumaat.

Kedua-dua pelajar yang menuntut di sebuah kolej di Glenmarie, Shah Alam itu mendakwa mereka diserang secara seksual oleh seorang individu dipercayai kakitangan institusi berkenaan.

"Mangsa pertama mendakwa dicabul ketika di tandas asrama kolej, seorang lagi mendakwa diliwat ketika di rumah suspek di Seksyen 18 Shah Alam," kata Sarudin dalam satu kenyataan kepada media pada Sabtu.

Semakan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Sarudin berkata kes pertama disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala kes liwat yang didakwa itu disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Pihaknya menggesa orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076 atau Insp Muhamad Zamri Abdul Rahman di talian 011-1665 2402 bagi membantu siasatan. -The Star

Artikel Lain