PAKATAN Harapan (PH) tidak menamakan calon Menteri Besar atau 'poster boy' bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana menghormati hak istana dalam membuat pelantikan.Calon PH bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya tidak mahu mendahului keputusan istana kerana pelantikan jawatan tersebut adalah hak mutlak Sultan Johor. "Kami mengiktiraf peranan istana dan tidak mahu melangkaui kuasa tersebut."Apa yang kami tawarkan ialah barisan calon yang berkelayakan dan bersedia berkhidmat untuk negeri serta rakyat," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PH yang tidak menamakan calon Menteri Besar sepanjang kempen PRN Johor.Dalam sesi dialog itu, seorang peserta turut meminta jaminan agar Maszlee tidak meletakkan jawatan sekiranya dilantik sebagai Menteri Besar, merujuk kepada peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada 2020.Mengulas perkara itu, Maszlee berkata PH akan akur dengan keputusan Sultan Johor sekiranya beliau dipilih menerajui negeri itu.Dalam pada itu, Maszlee menambah, pengalaman lalu membuktikan pengumuman calon Menteri Besar sebelum pilihan raya tidak semestinya menentukan siapa yang akhirnya dilantik.Beliau memberi contoh PRN Johor 2022 apabila Barisan Nasional (BN) menamakan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai calon Menteri Besar, namun jawatan itu akhirnya disandang Datuk Onn Hafiz Ghazi.Sebelum ini, timbul spekulasi Maszlee yang bertanding dalam saingan lima penjuru di Puteri Wangsa merupakan calon pilihan PH untuk jawatan Menteri Besar Johor. -The Star