suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak serik! Akaun utama kena ‘ban’, Ammar Nazhan sekali lagi didakwa curi ‘live’ Piala Dunia

Ammar didakwa terus membuat tayangan semula Piala Dunia di TikTok pada awal pagi Jumaat.

PERSONALITI media sosial, Ammar Nazhan didakwa seolah-olah tidak serik apabila sekali lagi menyiarkan semula siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 tanpa kebenaran menerusi platform TikTok pada awal pagi Jumaat.

Jika sebelum ini akaun utama miliknya digantung selama tujuh hari daripada melakukan siaran langsung kerana melanggar Garis Panduan Komuniti, kali ini dia dikesan menggunakan akaun TikTok yang biasanya digunakan untuk tujuan perniagaan.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan sekitar pukul 3 pagi membabitkan perlawanan antara Sepanyol menentang Austria.

Berdasarkan tangkap layar yang tular, Ammar dilihat sedang menonton perlawanan tersebut sambil tangannya memegang alat kawalan permainan Play Station 5.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan berkenaan mencabuli hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi FIFA edisi 2026 di negara ini.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen Ammar berhubung isu tersebut masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Ammar sebelum ini pada Rabu mengakui tidak berniat untuk menyinggung atau menyusahkan mana-mana pihak atas tindakannya menyiarkan semula siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2026.

Tegasnya, dia hanya mahu berkongsi keterujaan dan melihat ramai penonton sama-sama menikmati suasana perlawanan.

Dia turut meminta diberikan ruang dan berharap tidak dihukum berdasarkan andaian semata-mata.

Artikel Lain