Ammar Nazhan memaklumkan akaun TikTok miliknya digantung tujuh hari daripada membuat 'live' akibat melanggar Garis Panduan Komuniti.
AKAUN TikTok milik personaliti media sosial sensasi, Ammar Nazhan, digantung selama tujuh hari daripada membuat siaran langsung, dipercayai akibat melanggar Garis Panduan Komuniti platform berkenaan.Perkembangan terkini itu dimaklumkan Ammar menerusi hantaran video TikTok, pada Khamis. "Siaran langsung digantung sementara waktu selama tujuh hari susulan isu berkait hak cipta penyiaran perlawanan Piala Dunia 2026."Saya hormati badan induk bola sepak antarabangsa, FIFA, serta semua penyiar rasmi yang menyiarkan perlawanan tersebut di seluruh dunia."Saya hargai kepada mereka yang beri sokongan. Saya ambil tempoh ini untuk fokus mencipta lebih banyak kandungan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa ‘curi’ hak penyiaran rasmi RTM, Ammar Nazhan buka mulut isu ‘live’ Piala Dunia di TikTokUjarnya, dia akan kembali bersiaran langsung selepas sekatan akaun TikTok miliknya pulih.Terdahulu, pempengaruh berkenaan menerima kecaman hebat gara-gara menyiarkan siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2026 menerusi akaun TikTok miliknya.Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan berkenaan mencabuli hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi FIFA edisi 2026 di negara ini.Pada Rabu, Ammar dalam satu kenyataan mengakui tidak berniat untuk menyinggung atau menyusahkan mana-mana pihak atas tindakannya itu.Tegasnya, dia hanya mahu berkongsi keterujaan dan melihat ramai penonton sama-sama menikmati suasana perlawanan.Dia turut meminta diberikan ruang dan berharap tidak dihukum berdasarkan andaian semata-mata.