suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Selang seminggu PM minta duit” - NGO tawar khidmat van jenazah didakwa ‘scam’ waris budak 11 tahun, disuruh bayar infak

Mr Wan Cai mendakwa bapa si mati diminta membuat pembayaran kepada NGO berkenaan.

SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Melaka yang sepatututnya menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah percuma didakwa meminta bayaran daripada waris si mati.

Dakwaan itu dibuat oleh aktivis kebajikan yang juga Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai pada Rabu.

"Kartel van jenazah Melaka ni memang betul-betul melampau. Jenazah kanak-kanak perempuan umur 11 tahun pun anda boleh tipu ambil duit.

"Di hospital anda maklumkan kepada waris perkhidmatan percuma. Kononnya ikhlas, tak perlu bayar apa-apa. Selang seminggu, hantar private message (PM) bapa arwah minta duit.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu jenazah terbiar dalam liang lahad belum ada noktah, waris si mati anggap kenyataan Jais fitnah dan berniat jahat

"Apabila bapa arwah pertikai pasal perjanjian awal adalah percuma, anda spin pula bayaran tu atas nama sumbangan dan infak.

"Yang aku tak puas hati, kenapa sumbangan yang anda tetapkan tu ada nilai?" tulis Mr Wan Cai di Facebook pada awal pagi Khamis.

Dalam hantaran sama, dia turut mempersoalkan moral ahli NGO itu yang didakwa tergamak menipu ibu bapa yang baru kematian anak.

"Anda tahu kan jenazah yang dibawa tu baru berusia 11 tahun? Mana pergi belas kasihan? Tak ada anak ke?

"Tindakan anda memalukan Melaka. Orang nak buat van jenazah percuma, anda pun nak buat. Alih-alih percuma tu hanya pada nama," tulisnya lagi.

Mr Wan Cai turut memberi amaran bahawa pendedahan seterusnya bakal dibuat dalam masa terdekat.

Dalam hantaran berasingan, Mr Wan Cai turut berkongsi poster perkhidmatan NGO berkenaan yang memaparkan nombor telefon tiga wakilnya.

Hasil semalam mStar pada laman Facebook rasmi NGO terbabit turut menemukan poster sama yang dimuat naik pada 11 Jun lalu.

Bagaimanapun pada poster berkenaan, perkataan 'percuma' yang tertera cuba disembunyikan menggunakan stiker media sosial.

Usaha mStar menghubungi tiga nombor telefon yang dinyatakan untuk mendapatkan penjelasan gagal apabila mereka tidak dijawab panggilan.

Artikel Lain