suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kasih hingga hujung nyawa… Ibu gajah enggan tinggalkan lokasi, setia tunggu bangkai anak mati dilanggar

Kejadian itu berlaku pada pagi Rabu.

SEEKOR anak gajah mati selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Felda Nitar berhampiran Kampung Pengkalan Bukit Asli, Mersing, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor.

Ketua Balai Bomba Mersing, Mohd Alias Hussin mengesahkan anak gajah itu mati dalam kejadian tersebut pada awal pagi Rabu.

“Anak gajah itu mati dalam kejadian berkenaan.

“Ibu gajahnya dilihat berada di kawasan itu untuk tempoh yang lama selepas kematian anaknya.

“Kami telah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai insiden itu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya anak gajah belum mati selepas digilis… Lelaki cerita si ibu cuba tolak kepala lori tapi tak berdaya

Difahamkan, bangkai anak gajah itu kemudian ditanam, manakala ibu gajah tersebut dipasang kolar pemantauan sebelum dilepaskan semula ke hutan.

Terdahulu, sebuah video menyayat hati memaparkan seekor gajah duduk di sebelah anaknya yang kelihatan sudah tidak bernyawa tular di media sosial.

Dalam beberapa video lain, gajah berkenaan turut dilihat berkeliaran di kawasan itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila pengguna jalan raya cuba mengelak haiwan tersebut.

Sebelum ini dilaporkan seorang lelaki berusia 31 tahun cedera selepas keretanya melanggar seekor anak gajah dan terbabas ke dalam gaung sedalam lima meter.- The Star

Artikel Lain