suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bandar Seri Impian pacu transformasi baharu Kluang... Pilihan kediaman tepat, tampil dengan ekosistem perbandaran serba lengkap

Taman Tasik yang direka sebagai ruang rekreasi menghijau ini menjadi antara elemen yang mencuri perhatian di Bandar Seri Impian.

SELAMA bertahun-tahun, Kluang cukup sinonim dengan kopi, sejarah kereta api dan destinasi percutian hujung minggu. 

Jarang menjadi tumpuan dalam landskap pembangunan hartanah negara, namun persepsi terhadap bandar ini bakal berubah.

Sebagai bandar ketiga terbesar di Johor dengan lebih 300,000 penduduk, Kluang sedang melalui fasa transformasi pesat daripada sebuah bandar serantau kepada bandar satelit moden yang menawarkan keseimbangan antara pekerjaan dan gaya hidup.

Bandar Seri Impian (BSI), sebuah perbandaran pegangan bebas kini menjadi mercu tanda pembangunan moden di Kluang, bukan sekadar membangunkan kediaman, malah membentuk sebuah komuniti lengkap dengan ekosistemnya sendiri.

Matrix Concepts mula bertapak di Kluang pada 2005 menerusi usaha sama dengan Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Bhd (Kopketa).

Kerjasama itu menjadi titik permulaan kepada visi jangka panjang untuk membangunkan sebuah perbandaran yang berkembang seiring dengan kemajuan bandar Kluang.

Daripada pembangunan awal seluas kira-kira 364.2 hektar, Bandar Seri Impian kini berkembang menjadi antara komuniti paling matang di Kluang, sebelum melangkah ke fasa baharu menerusi pembangunan Bandar Seri Impian II (BSI2).

"Kerjasama kami yang telah lama terjalin dengan Kopketa memainkan peranan penting dalam perjalanan Bandar Seri Impian.

"Dengan Bandar Seri Impian II, kami meneruskan visi bersama itu untuk mewujudkan sebuah perbandaran yang berkembang bersama Kluang dan memberi sumbangan bermakna kepada komuniti," kata Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts, Kelvin Lee Chin Chuan.

Sejak awal lagi, Matrix Concepts dan Kopketa melihat potensi untuk membina sebuah perbandaran mampan yang menggabungkan elemen komuniti, kehijauan dan kemudahan harian dalam satu lokasi.

Matlamatnya mudah tetapi signifikan, iaitu mewujudkan sebuah tempat tinggal yang membolehkan penduduk menikmati kehidupan berkualiti tanpa perlu keluar jauh dari bandar.

Hasilnya, Bandar Seri Impian yang kini meliputi kira-kira 647 hektar muncul sebagai antara perbandaran pegangan bebas terbesar dan paling komprehensif di Kluang.

Sejak pembangunan bermula pada 2006, lebih 7,000 unit kediaman telah berjaya disiapkan, disokong pelbagai kemudahan termasuk sekolah, hospital, pusat komersial, kawasan rekreasi dan fasiliti mesra keluarga yang terletak di dalam serta sekitar perbandaran.

Apa yang menjadikan Bandar Seri Impian terus berkembang ialah keseimbangan yang ditawarkan kepada penduduk, antaranya akses yang mudah tanpa kesesakan, suasana hijau tanpa rasa terasing serta komuniti yang masih mengekalkan hubungan kejiranan yang erat.

Lokasi strategik jadi nilai tambah

Kedudukannya yang terletak kurang lima kilometer dari pusat bandar Kluang menjadi antara faktor utama yang mendorong permintaan terhadap perbandaran ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts, Kelvin Lee Chin Chuan.

Penduduk menikmati akses mudah ke pelbagai kemudahan harian menerusi Jalan Kluang-Bandar Tenggara, selain dihubungkan dengan Lebuhraya Kluang-Ayer Hitam dan Kluang-Simpang Renggam bagi perjalanan ke bandar lain.

Malah, Johor Bahru dan Singapura juga boleh diakses dengan mudah menggunakan jalan darat, manakala Stesen ETS Kluang yang hanya sekitar 10 minit perjalanan menjadikan mobiliti harian semakin lancar.

Jaringan ketersambungan yang semakin baik ini secara tidak langsung mengubah persepsi ramai terhadap Kluang.

Ia kini menjadi pilihan golongan profesional yang bekerja di Johor Bahru mahupun Singapura tetapi memilih membesarkan keluarga dalam suasana yang lebih tenang, selesa dan dekat dengan alam semula jadi.

Namun, kekuatan Bandar Seri Impian bukan hanya terletak pada infrastrukturnya.

Perbandaran ini turut menampilkan Taman Tasik seluas kira-kira 5.4 hektar yang menjadi nadi rekreasi komuniti.

Gambaran artis bagi rumah teres dua tingkat di BSI2 yang menggabungkan elemen reka bentuk klasik Inggeris dengan ruang kediaman kontemporari yang praktikal dan moden.

Kawasan hijau itu dilengkapi trek joging dan berbasikal, taman permainan kanak-kanak, peralatan kecergasan, laluan refleksologi serta gazebo yang memberi ruang kepada penduduk untuk beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga.

Dengan Gunung Lambak sebagai latar semula jadi, ini menambahkan lagi daya tarikan kawasan ini, sekali gus mengukuhkan identiti Bandar Seri Impian sebagai sebuah perbandaran yang dekat dengan alam.

Daripada perbandaran kepada hab gaya hidup

Transformasi Bandar Seri Impian diteruskan tahun ini menerusi pembukaan X Park Bandar Seri Impian, sebuah destinasi rekreasi dan gaya hidup yang direka untuk menghidupkan lagi suasana komuniti.

Majlis pembukaannya pada pertengahan Mei lalu menerima sambutan luar biasa apabila kira-kira 15,000 pengunjung hadir sepanjang tiga hari penganjuran.

Pelbagai aktiviti termasuk kejohanan sukan, program komuniti dan acara ala karnival berlangsung sepanjang hujung minggu itu, sekali gus membuktikan permintaan tinggi terhadap ruang awam yang lebih aktif dan berorientasikan gaya hidup.

Lebih menarik, Bandar Seri Impian menjadi bandar kedua yang mempunyai X Park selepas Bandar Sri Sendayan.

Ia sekali gus memperkukuhkan strategi Matrix Concepts untuk menjadikan pembangunan mereka bukan sekadar kawasan kediaman, tetapi sebuah destinasi gaya hidup.

X Park menawarkan pelbagai kemudahan seperti trek go-kart sepanjang 460 meter, gelanggang pickleball, badminton dan futsal, lapang sasar golf 60-bay lengkap dengan dispenser bola automatik, selain gimnasium dan kafe.

Kehadiran kemudahan itu memberi dimensi baharu kepada kehidupan penduduk.

Matrix Concepts menambah dimensi baharu kepada identiti perbandaran itu menerusi pelancaran X Park Bandar Seri Impian, sebuah destinasi rekreasi dan gaya hidup yang direka untuk menyuntik tenaga baharu ke dalam komuniti setempat.

Kanak-kanak mempunyai ruang bermain yang selamat, golongan remaja menikmati lebih banyak pilihan aktiviti sihat, manakala keluarga boleh menghabiskan hujung minggu tanpa perlu keluar jauh dari kawasan kediaman.

"Ini mewujudkan tawaran gaya hidup yang pelbagai untuk setiap lapisan umur dengan minat yang berbeza," kata Lee.

Turut melengkapkan perbandaran ialah Impiana Square, hab komersial seluas 23 hektar yang menghimpunkan pelbagai jenama popular seperti Kluang Rail Coffee, ZUS Coffee dan Big 10 Grocer.

Pintu Utara di Bandar Seri Impian II, sebuah konsep pintu gerbang megah pertama seumpamanya di Kluang yang menjadi lambang visual kepada elemen eksklusiviti serta reka bentuk kejiranan yang selamat dan terancang.

Lebih daripada sekadar kawasan membeli-belah, Impiana Square menjadi ruang sosial yang membolehkan penduduk menikmati rutin harian dalam suasana mesra komuniti, sama ada membeli barangan keperluan, menikmati secawan kopi atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Perancangan menyeluruh inilah yang membolehkan Bandar Seri Impian menerima Anugerah Kejiranan pada Anugerah Hartanah StarProperty 2026.

Bandar Seri Impian II buka lembaran baharu

Kini, Matrix Concepts bersedia melangkah ke fasa seterusnya menerusi Bandar Seri Impian II (BSI2).

Menurut Lee, pembangunan baharu itu bukan sekadar penambahan kawasan perumahan, sebaliknya evolusi kepada sebuah perbandaran yang lebih menyeluruh.

"Kami tidak melihat BSI2 sekadar perluasan perumahan, tetapi sebagai peluang untuk membentuk ekosistem perbandaran yang lebih kukuh, yang menyatukan rumah, gaya hidup, ketersambungan, ruang hijau, kemudahan komersial dan kehidupan komuniti."

Visi tersebut diterjemahkan menerusi pelbagai elemen perancangan termasuk taman komuniti seluas 1.9 hektar yang diinspirasikan daripada konsep taman Inggeris.

Ia turut dilengkapi taman poket serta laluan pejalan kaki yang dipenuhi pokok bagi mewujudkan suasana lebih hijau, selesa dan mesra komuniti.

Identiti Inggeris jadi tarikan

Salah satu keunikan utama BSI2 ialah konsep reka bentuk yang diinspirasikan daripada seni bina Inggeris.

Elemen itu akan diterapkan pada reka bentuk rumah, landskap jalan, kawasan hijau serta ruang awam bagi membentuk identiti yang elegan, eksklusif namun masih praktikal untuk kehidupan keluarga moden.

Antara tarikan utama ialah pembinaan North Gate, pintu masuk ikonik pertama seumpamanya di Kluang yang direka bagi memberikan pengalaman ketibaan yang lebih eksklusif.

Gambaran artis untuk ruang komuniti di Bandar Seri Impian II yang direka dengan sentuhan elegan berinspirasikan gaya Inggeris, mewujudkan suasana yang tenang, menarik dan mesra penduduk.

"Dengan menerima pakai konsep inspirasi Inggeris, kami mahu mewujudkan identiti perbandaran yang tersendiri, elegan dan mudah diingati, namun masih praktikal untuk keperluan pemilik rumah tempatan.

"Ia akan diterjemahkan menerusi seni bina rumah, landskap jalan, ruang awam dan kawasan komuniti.

"Akhirnya, matlamat kami ialah membina sebuah perbandaran yang mempunyai daya tarikan, kehangatan serta identiti visual yang kukuh tanpa mengabaikan aspek fungsi untuk kehidupan keluarga moden," jelas Lee.

Berkembang seiring kemajuan Kluang

Bagi Matrix Concepts, kejayaan Bandar Seri Impian bukan sekadar diukur melalui jumlah rumah yang dibina, sebaliknya bagaimana sebuah komuniti berkembang bersama bandar yang didiaminya.

"Bagi kami, pembinaan identity (placemaking) menjadi teras kepada pembangunan BSI2. Sebuah perbandaran yang berjaya perlu menawarkan lebih daripada sekadar hartanah.

"Ia perlu mewujudkan rasa kekitaan, identiti dan nilai jangka panjang kepada komuniti," ujarnya.

Seiring pembangunan itu, pelbagai kemudahan baharu turut dirancang termasuk pasar raya, pusat komersial, kompleks sekolah bersepadu seluas kira-kira 5.3 hektar serta stesen minyak di pintu masuk utama.

"Seiring perkembangan Kluang, kami percaya BSI2 mampu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan bandar ini sebagai bandar satelit yang semakin berkembang di Johor.

"Lokasinya yang strategik, sambungan yang lebih baik, kemudahan sedia ada serta identiti baharu yang dipacu gaya hidup akan terus menarik pemilik rumah, pelabur, perniagaan dan komuniti masa depan," katanya.

Tambahnya, Impiana Square yang menempatkan pelbagai premis makanan dan minuman, kemudahan runcit, perkhidmatan serta jenama keperluan isi rumah turut berperanan sebagai pemangkin kepada ekosistem komersial perbandaran, sekali gus menyuntik kemudahan harian dan merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan itu.

Bandar Seri Impian tidak dibina dalam tempoh singkat.

Ia berkembang sedikit demi sedikit dengan kehadiran penghuni, perniagaan dibuka, kanak-kanak membesar, taman dipenuhi aktiviti hujung minggu dan jalan-jalan dalam perbandaran itu akhirnya menjadi laluan pulang buat ribuan keluarga.

Kini, dengan pertumbuhan ekonomi serantau, jaringan infrastruktur yang semakin baik dan permintaan terhadap gaya hidup yang lebih seimbang, Bandar Seri Impian bersedia melangkah ke fasa seterusnya dengan momentum yang semakin kukuh.

Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar untuk pratonton eksklusif Bandar Seri Impian II (Fasa 1). Fasa 1 menawarkan empat jenis rumah teres satu dan dua tingkat bagi memenuhi keperluan pelbagai saiz keluarga dan gaya hidup.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web https://bsi2.com.my/ atau dengan menghubungi pasukan jualan Matrix Concepts.

Artikel Lain