PERSONALITI media sosial, Ammar Nazhan sedia bertanggungjawab susulan tindakannya menyiarkan semula siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 tanpa kebenaran menerusi akaun TikTok miliknya.Menerusi penjelasan pada Rabu, dia yang menggelarkan dirinya sebagai Am mengakui tidak berniat untuk menyinggung atau menyusahkan mana-mana pihak atas tindakannya itu. "Bagi Am, Piala Dunia adalah acara yang menyatukan peminat bola dari seluruh dunia. Am seronok berkongsi keterujaan dan melihat ramai penonton sama-sama menikmati suasana perlawanan."Namun begitu, Am melihat terlalu banyak andaian, kecaman dan penghinaan yang dilemparkan seolah-olah semuanya telah diputuskan tanpa mengetahui keseluruhan keadaan.ARTIKEL BERKAITAN: Oh, ini sebenarnya Ammar Nazhan… Patut la orang benci!"Kalau ada mana-mana pihak yang mempunyai hak atau merasakan ada perkara yang perlu diperjelaskan, Am sentiasa bersedia memberikan kerjasama melalui saluran yang sewajarnya," ujarnya.Menerusi hantaran di Threads, dia turut meminta diberikan ruang dan berharap tidak dihukum berdasarkan andaian semata-mata."Ada yang menggelar dengan pelbagai gelaran, mengajak orang lain membenci, malah ada yang mengeluarkan kata-kata melampaui batas."Apa yang Am harapkan ialah kita semua boleh memberi ruang kepada fakta dan tidak terus menghukum berdasarkan andaian atau content yang dipotong-potong demi mengejar tontonan. "Am juga manusia biasa. Am ada keluarga, pasukan dan penyokong yang turut terkesan dengan semua yang sedang berlaku," ujarnya lagi.Terdahulu, tular tangkap layar memaparkan siaran langsung TikTok Ammar Nazhan yang turut disertakan dengan rakaman semula perlawanan Piala Dunia FIFA tanpa kebenaran.Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakannya itu yang didakwa mencabuli hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi FIFA edisi kali ini.