suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Popular dengan video layan penumpang dalam pesawat, sepupu dedah pramugara tular kritikal akibat kanser

Hafeez terkenal kerana sering berkongsi video kerjayanya di media sosial.

PRAMUGARA tular, Hafeez Al Bukhary Zulkefly dikhabarkan berada dalam keadaan tenat akibat kanser.

Perkara itu dimaklumkan oleh sepupunya, Hani Mishan menerusi satu hantaran media sosial pada Rabu.

"Sepupu saya kini berada dalam keadaan kritikal dan sudah dibawa pulang ke kampungnya di Perak.

"Marilah kita bersama-sama mendoakan agar dia sembuh daripada kanser," tulis wanita itu di Threads.

Penyanyi yang juga pengacara podcast Borak Dalam Galley (BDG), Zarul Umbrella turut memuat naik satu hantaran mengenai Hafeez.

 

Hafeez pernah memaklumkan yang dia menghidap kanser kolon.

"Baru saja menerima perkhabaran duka, rakan kami Hafeez yang pernah muncul dalam podcast BDG sebelum ini dalam keadaan kritikal.

"Saya dan team BDG ingin sesiapa membaca post ini agar dapat mendoakan kesembuhan Hafeez," tulis Zarul di Threads pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugara ‘muda tapi beruban’ lebih yakin selepas dipuji tampan berambut putih, hilang sudah beban warnakan rambut setiap 2 minggu

Dalam satu hantaran di Instagram pada 27 Ogos 2025, Hafeez pernah mendedahkan dia didiagnos menghidap kanser kolon (usus) tahap empat.

"Alhamdulillah, saya menerimanya dengan hati reda, kerana saya percaya hanya insan yang dipilih oleh Allah akan melalui ujian sebegini," tulisnya pada kapsyen hantaran itu.

 

Hantaran Zarul mengenai Hafeez di Threads.

 

Untuk rekod, Hafeez yang memiliki hampir 300,000 pengikut di TikTok popular kerana sering berkongsi video pekerjaannya di awan biru.

Hafeez juga dilihat sentiasa murah dengan senyuman ketika mengendalikan penumpang dan jemaah haji yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Pada Januari 2022, pramugara itu juga pernah mendapat liputan mStar selepas video rambutnya yang beruban tular di media sosial.

Usaha mStar menghubungi Hafeez untuk mendapatkan pengesahan tentang keadaannya bagaimanapun tidak berhasil.

 

Artikel Lain