NAMPAKNYA nama pempengaruh kontroversi, Ammar Nazhan kembali panas di media sosial apabila dia sekali lagi terpaksa tampil membuka mulut bagi menjawab tuduhan netizen yang mendakwa 'buat hal lagi' dengan mengulangi kesalahan lalu membabitkan siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2026.Menerusi satu hantaran penjelasan yang dimuat naik, Ammar menyatakan bahawa dia mengambil maklum tentang segala kesilapan yang pernah berlaku sebelum ini, namun menyifatkan gambar terbaharu yang tular itu telah disalah tafsir sehingga menimbulkan pelbagai andaian negatif dalam kalangan netizen.Jelas Ammar, tangkap layar yang memperlihatkan dia sedang bermain PlayStation 5 (PS5) sambil berlatarbelakangkan tayangan perlawanan Piala Dunia itu sebenarnya hanya dirakam dalam tempoh beberapa minit sahaja dan sekadar memaparkan separuh skrin."Pertama sekali, gambar yang nampak main PS sambil tengok televisyen tonton World Cup tu tak sampai beberapa minit pun. Tapi satu gambar dah cukup untuk cetuskan pelbagai andaian.Tangkap layar hantaran yang mempertikai tindakan Ammar tersebut. "Sedangkan masa tu, Am dah cakap cuma bagi reaksi sebagai peminat bola dan selepas tu terus tolak ke tepi. Bahagian televisyen yang dipaparkan pun sebenarnya dah di adjust (betulkan)."Hanya nampak separuh, bukan keseluruhan skrin. Am sejak daripada awal cuba elakkan paparan penuh sebab masih hormat hak siaran dan memang tak berniat nak langgar apa-apa (peraturan)," jelasnya.Ammar dalam masa sama turut menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk mengejar jumlah tontonan tinggi atau mahu kandungan tersebut tular, sebaliknya hanya sekadar ingin meraikan kemenangan Portugal sebagai seorang peminat setia.ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Nazhan terima padah tayang ‘live’ haram perlawanan Piala Dunia 2026ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik! Akaun utama kena ‘ban’, Ammar Nazhan sekali lagi didakwa curi ‘live’ Piala DuniaSejak awal pagi Jumaat nama Ammar kembali memuncak selepas didakwa sengaja menyiarkan paparan 'live' beberapa perlawanan bola sepak antarabangsa itu menerusi platform TikTok, namun kali ini menggunakan akaun yang berbeza.Perbuatan tersebut didakwa dilakukan membabitkan perlawanan antara Sepanyol menentang Austria juga Portugal melawan Croatia yang berlangsung pada pagi sama.Dia menggunakan akaun yang biasa dimanfaatkan bagi urusan perniagaan itu selepas akaun utama miliknya dikenakan sekatan siaran langsung selama tujuh hari kerana melanggar Garis Panduan Komuniti TikTok.Susulan itu, ramai pengguna media sosial mendakwa tindakannya menjejaskan hak penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia.