suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih seminggu keluar Umno... Puad Zarkashi muncul di pentas bersama Anwar, nyatakan sokongan kepada Maszlee

Puad menyatakan sokongan kepada calon PH pada Sabtu malam.

SELEPAS lebih seminggu keluar daripada Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hadir ke program Pakatan Harapan (PH) di Felda Ulu Tebrau, Johor pada Sabtu malam.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu dilihat bersalaman dan berpelukan dengan Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah berdasarkan perkongsian gambar di Facebook miliknya, Mohd Puad duduk bersebelahan Anwar pada majlis berkenaan turut dijemput berucap di atas pentas.

"Ya, malam tadi saya naik pentas PH di Felda Ulu Tebrau untuk menyokong calon PH dari PKR Dr Maszlee Malik. 

"Pada sebelah paginya saya ada kongsi infografik menyokong calon PH daripada Amanah, Yazid Bakri yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit," kongsinya di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor dikawal ‘tangan ghaib’

Jelasnya, sokongan terbuka tersebut telah menyebabkan dia dikecam khususnya oleh pemimpin dari Umno.

"Malam tadi saya hadir sebagai penyokong kerajaan perpaduan. Dari awal saya menyokong penubuhan kerajaan perpaduan. PH adalah kerajaan. BN juga adalah kerajaan. 

"Lagi pun saya sudah keluar daripada Umno. Hak saya mahu menyokong sesiapa atas dasar peribadi calon itu," katanya.

Pada 25 Jun, mStar melaporkan Mohd Puad mengejutkan ramai pihak dengan pengumuman peletakan jawatan dan keluar daripada Umno berkuat kuasa serta-merta.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu menegaskan keputusan drastik berkenaan dibuat secara sukarela dan bukannya didorong oleh kepentingan peribadi.

Sebaliknya, beliau meluahkan kebimbangan yang mendalam berhubung dakwaan wujudnya campur tangan pihak luar dalam urusan pentadbiran Umno Johor.  

Artikel Lain