BERBAKI beberapa hari sebelum rakyat Johor memilih wakil rakyat menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) 11 Julai ini, calon-calon yang bertanding dilihat semakin rancak berkempen dengan pelbagai pendekatan kreatif bagi memperkenalkan diri kepada pengundi.Ada yang turun padang dari rumah ke rumah, tak kurang juga yang memilih strategi unik untuk menarik perhatian orang ramai dan warga maya. Bagi calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti di Kota Tinggi, Alias Rasman, kaedah unik memasang papan kempen dengan memaparkan gambarnya bersama nenek sendiri mula menjadi bualan netizen.Calon PN, Alias Rasman menggunakan pendekatan berbeza dalam memperkenalkan dirinya kepada pengundi. -Gambar zulfadhli.sofianIa susulan perkongsian seorang pemuda dikenali sebagai zulfadhli.sofian menerusi Threads selepas meninjau suasana kempen di kawasan Panti."Tengah pusing-pusing aku jumpa billboard ni. Calon PN kat Panti ni pacak gambar dengan nenek dia sebab ada orang kata dia bukan orang tempatan."Nah, bukti sebesar alam dia bagi," katanya.Dalam masa sama, dia turut berseloroh mengenai latar belakang calon tersebut yang merupakan seorang peguam."Orang Kota Tinggi memang kelakar. Jarang aku tengok peguam muda yang lucu. Selalunya peguam tegas," katanya.Perkongsian itu juga memaparkan calon tersebut turut meletakkan papan iklan menyatakan dia merupakan anak seorang guru dan juga sudah berkahwin."Alias Rasman anak Cikgu Leha Petri Jaya, cucu Wak Nin dan alumni UiTM," demikian antara bahan kempen yang digunakan calon tersebut.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menganggap pendekatan berkenaan kreatif selain mampu mencuri perhatian pengundi di saat kempen PRN semakin menghampiri penghujungnya."Orang tempatan perlu undi orang kampung sendiri."Mantap, bijak, pilihlah orang kampung... nanti kalau tak buat kerja senang kita nak cari dia."Ini kreatif, guna nenek terus untuk buktikan dia orang lokal. Harap dia menang," komen warga maya.