TANPA soal selidik, seorang pelancong dari China meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa tidak menemui bendera negaranya di hotel penginapannya di Kuala Lumpur.Menerusi perkongsian video, lelaki berkenaan mendakwa dia menyedari perkara itu pada hari ketiga dia berada di negara ini ketika sedang bersarapan di hotel berkenaan. Hasil pemerhatiannya, terdapat berpuluh bendera negara lain dipasang di ruang hotel namun tidak menemui bendera China.“Saya perasan ada bendera negara-negara di seluruh dunia tetapi tidak ada negara China,” katanya [Tonton Video].Susulan itu, dia kemudian bertanya kepada seorang kakitangan di hotel berkenaan bagi mendapatkan penjelasan.Dalam perbualan tersebut, dia beberapa kali mengulangi soalan mengenai ketiadaan bendera tersebut, sebelum dimaklumkan kemungkinan bendera China berada di bahagian lain.Perkongsian itu bagaimana pun mendapat kecaman netizen yang mendakwa pelancong berkenaan tidak peka dengan dekorasi Piala Dunia 2026 yang sedan berlangsung.Ini berikutan kesemua bendera negara lain yang terdapat di dalam video tersebut merupakan 48 negara yang layak ke Piala Dunia. "Semua bendera itu negara yang layak ke Piala Dunia. Itu pun tak tahu, kesiannya."China layak ke Piala Dunia ke? Memang la bendera China tiada."Kalau orang Malaysia melancong ke China, tak kan nak tanya di mana bendera Malaysia," komen netizen.