SEORANG pelajar dilaporkan cedera selepas berlaku insiden tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor pada Isnin.Kejadian tersebut dipercayai melibatkan seorang remaja perempuan, namun identitinya masih belum dikenal pasti. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil.“Ya, kejadian itu berlaku. Saya akan keluarkan kenyataan awal untuk pengesahan kemudian. Mangsa stabil,” katanya.Terdahulu, beberapa video yang tular di media sosial memaparkan seorang remaja perempuan berpakaian serba hitam dipercayai membawa pisau dan berkeliaran di kawasan sekolah.Rakaman turut menunjukkan beberapa pelajar lain bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri semasa kejadian berlaku.Selain itu, terdapat seorang guru lelaki cuba menenangkan keadaan namun diabaikan oleh remaja tersebut.Setakat ini, pihak polis belum mendedahkan butiran lanjut termasuk motif kejadian serta identiti suspek.Berdasarkan beberapa gambar yang tersebar di media sosial, remaja perempuan tersebut sudah ditahan polis.