suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek kes tikam Banting sudah berbulan-bulan tak hadir sekolah, sedang jalani rawatan kesihatan

Remaja perempuan yang merupakan suspek kes tikam di sebuah sekolah di Banting sudah ditahan polis. -Foto media sosial

SUSPEK kes tikam yang menggemparkan sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor pada pagi Isnin, dipercayai merupakan pelajar dari sekolah yang sama dengan mangsa.

Menurut sumber, suspek yang juga berusia 15 tahun dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

Namun butiran lanjut mengenai identitinya serta motif kejadian masih belum didedahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar kes tikam pelajar di Banting! Saksi rakam remaja perempuan serba hitam bawa pisau berkeliaran dalam sekolah

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Shazeli lagi, mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan 3 yang dikejarkan ke hospital kini berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Banting cedera selepas ditikam dalam kejadian pada pagi Isnin.

Beberapa video yang tular di media sosial memaparkan seorang remaja perempuan berbaju hitam, berseluar kotak merah hitam serta bertopi dipercayai membawa pisau dan berkeliaran di kawasan sekolah.

Rakaman turut menunjukkan beberapa pelajar lain bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri semasa kejadian berlaku.

Artikel Lain