PERIBAHASA ada menyebut, dalam setandan pisang, pasti akan ada buah yang busuk.
Begitu juga situasi di mana-mana organisasi atau syarikat, pasti ada kakitangan yang bermasalah sehingga memberi gangguan besar kepada kelancaran operasi.
Bukan sesuatu yang menghairankan apabila ada kakitangan yang membuat onar seperti hilang tanpa dapat dikesan (MIA) atau berhenti kerja secara mengejut hingga membebankan rakan sekerja lain.
Sebagaimana hantaran seorang pelayar di laman sosial, dia mendakwa sering menjadi mangsa gara-gara sikap tidak bertanggungjawab rakan sekerja.
Bekerja secara berpasukan dapat meningkatkan produktiviti di sesebuah syarikat. -Gambar hiasan
"Saya tak kisah company tak ambil peduli kalau staf resign 24 jam, hilang tanpa dapat dikesan (MIA) dua hingga tiga hari then lari (berhenti kerja tanpa notis).
"Sebab bagi saya staf yang lari ni tidak akan dikenakan apa-apa tindakan daripada pihak syarikat.
"Apa yang saya kisah sekarang ni, saya kena 'cuci tahi' mereka," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Selalu MIA waktu pagi, tengah hari beritahu cuti sakit! Staf bermasalah pertahan diri guna alasan ‘MC hak pekerja’
ARTIKEL BERKAITAN: Kerap MC walau tak sakit, rakan sekerja kena 'cover' kerja... Ini patut anda buat kalau betul-betul nak cuti
Menurut pelayar itu, situasi berkenaan secara tidak langsung membuatkan dia kurang bermotivasi meskipun bekerja di sebuah syarikat yang disukainya.
Manakan tidak, situasi tersebut seolah-olah sudah menjadi perkara biasa buatnya setiap kali berlaku kekurangan kakitangan sejak mula bekerja empat tahun lalu.
Lepas clear the shit, nanti ada la jembalang yang tiba-tiba muncul claim kredit.
NETIZEN
"Sejak masuk kerja saya asyik 'cuci tahi' staf yang resign atau MIA. Sedih sikit sebab tak boleh nak brain bagaimana anda masuk nak kerja cara baik tapi resign cara busuk. Stres," luahnya.
Biarpun mengakui situasi tersebut sedikit sebanyak membolehkan dia mempelajari perkara dan pengalaman baru, namun ujarnya setiap kakitangan sewajarnya mempunyai rasa tanggungjawab atau common sense agar tidak membebankan orang lain.
Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi pelbagai, namun rata-ratanya memberikan kata semangat buat pelayar berkenaan selain turut berkongsi pengalaman.
Antara pandangan dan perkongsian pengalaman warga maya.
"Bersihkan najis tapi ingat supaya ambil kredit. Kamu tidak akan menyesal atau kehilangan apa-apa. Kamu menang. Teruskan membersihkan 'najis' dan ubahnya menjadi emas.
"Faham situasi kamu... pernah melaluinya selama 10 tahun. Lepas clear the shit, nanti ada la jembalang yang tiba-tiba muncul claim kredit.
"Pernah kena 'cuci tahi' orang sampai tak ada back up. Seorang je dekat kedai. Susahnya retail ni. Staf pula tak ramai," demikian antara komen netizen.