suria

“Jaga aib saya tau” - Lelaki umpan RM500 ajak pelajar video call sambil onani, kalau malu nak tengok boleh tutup muka

Pelajar perempuan dinasihati agar tidak terjerat dengan penipuan dalam talian.-Gambar hiasan

SEORANG individu tampil membuat pendedahan tentang tawaran tidak masuk akal yang diterimanya daripada lelaki gila seks.

Menerusi tangkap layar mesej yang dikongsi, lelaki terbabit pada awalnya tidak mendedahkan butiran lanjut dan hanya menyenaraikan ciri-ciri pekerja yang sedang dicari.

"Assalamualaikum. Ada berminat nak kerja? Perempuan sahaja. Gaji hari dibayar selepas kerja. Umur 17 hingga 30 tahun. Hari ini dengan esok atau lusa.

pelajar2

Kaum Hawa perlu berhati-hati agar tidak terjerat dengan tipu daya lelaki.-Gambar hiasan

"Boleh cari duit lebih. Online sahaja. Utamakan student," ujar lelaki itu.

Penerima mesej kemudiannya bertanya tentang skop pekerjaan yang ditawarkan oleh lelaki tersebut.

Jelas lelaki berkenaan, dia akan membayar wang kepada mana-mana wanita yang sanggup membuat panggilan video (VC) untuk melihat dia beronani.

Saya bagi dalam RM500 hingga RM600. Nak kasi duit lebih. Muka tak payah tak apa.

AMIR

Dalam mesej sama, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Amir dan turut meminta mangsa agar menjaga aibnya.

"Macam ni, ni kerja paling mudah. Awak pun boleh dapat duit terus. Tengok je saya l****p. Dalam lima minit macam tu. Tak payah buat apa.

"Saya bagi dalam RM500 hingga RM600. Nak kasi duit lebih. Muka tak payah tak apa. Saya Amir dari Pahang. Bukan pelajar. Umur 24. Jaga aib saya tau," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gila seks tak pernah serik, dua kali berdiri depan kereta gadis yang sama ‘merelakan’ aksi tak senonoh dirakam - “Dia buat dek je...”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gila seks ligat meraba dalam bas, siap ramas-ramas! Wanita sempat rakam, mengadu pada pemandu

Lebih jijik, lelaki itu turut meminta mangsanya untuk memerangkap rakan wanita yang lain sekiranya mereka terdesak untuk mendapatkan wang.

"Kemudian lagi satu, kalau awak malu tapi nak pakai duit. Kita VC tapi kamera hala kawan awak. Kot dia tengah baring pakai singlet ke, pakai tuala ke.

"Ha saya l****p sambil tengok dia, Sama saya bayar RM500," ujar lelaki itu lagi.

Di laman Twitter, ramai netizen turut meluahkan rasa jijik atas tawaran yang dibuat lelaki itu.

FxyBR1XaUAIlnWr

Tangkap layar mesej yang dihantar oleh lelaki itu.

Malah, mereka turut berpesan kepada kaum Hawa agar terus berhati-hati dan tidak terjerat dengan lelaki berkenaan.

"Terlalu ramai lelaki begini. Tolong jangan rosakkan masa depan diri sendiri. Students jauh lagi perjalanan hidup. Lebih parah ada yang janji bayaran tapi akhirnya scam saja.

"Bro, kau jenis tak gentle. Parents kau ada ajar tak adab dengan student perempuan? Bagi kerja biar halal bro. Dunia ni dah tak safety lagi untuk kaum wanita. Bawa taubat bro," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain