suria

B40 pandai beli online tak ada duit nak COD! Rider penat menapak rumah flat, parcel tak dapat serah - “Dasar menyusahkan orang”

Penghantar kurier ini berasa geram dengan sikap sesetengah penduduk flat. -Gambar hiasan

PEKERJA gig seperti pemandu e-hailing dan penghantar kurier sentiasa berdepan dengan cabaran.

Begitulah luahan seorang lelaki ini apabila dia membuat penghantaran bungkusan ke sebuah rumah pangsa dan dikecewakan dengan sikap penduduk di sana.

Menurut lelaki itu, bungkusan pembayaran tunai semasa serahan (COD) yang dibawanya dibatalkan pada saat-saat akhir sehingga menyukarkan tugasnya pada hari tersebut.

Penghantar kurier ini berasa susah membuat penghantaran bungkusan ke rumah pangsa. -Gambar hiasan

Dakwa lelaki itu lagi, dia sering menghadapi isu ini ketika pergi ke rumah-rumah yang dianggapnya sebagai kurang berkemampuan.

"Dasar B40 memang menyusahkan orang. Jangan sibuk nak beli barang online la! Menyusahkan orang nak naik tangga ketuk pintu rumah kau. Nombor rumah dah la tak nampak.

"Kami call 'liat' betul nak berjawab. Lepas tu boleh pula barang COD nak cancel last minute. Akhirnya yang buka pintu budak kecil umur dua tahun," katanya melalui satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi cop parking, nak datang beraya pun susah... lelaki ini selamba lenyek kon, netizen pesan waspada perangai tak puas hati B40

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga B40 naik lemak ‘bolot’ parkir atas alasan cari rezeki! Kalau tegur, silap hari bulan orang awam dimakinya

Menyampaikan nasihat kepada rakan seperjuangannya, dia berpandangan tidak perlu berlembut dengan mereka yang tergolong dalam kelompok ini.

"Pesanan kepada rider sekalian, kalau kena hantar barang ke kawasan begini tak payah susah-susah nak naik. Aku ulang, tak payah naik.

"Cancel je dalam aplikasi korang tu, ambil gambar lokasi dan letak dalam aplikasi yang pembeli tidak dapat dihubungi. Kemudian terus gerak.

Jangan pukul sama rata semua orang, ada je penduduk flat yang okay.

WARGA MAYA

"Biar barang mereka diperam lama-lama di hub. Kepada warga flat, kalau nak bungkusan cepat sampai, guna alamat pejabat atau rumah taman.

"Semoga apa yang saya cakap ni dapat menyedarkan mereka kenapa barang mereka tu tak sampai-sampai," katanya menutup perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkongsikan pengalaman mereka terjerumus ke dalam situasi yang sama.

"Dulu waktu aku tengah mengandung, aku ada buat kerja COD ni. Ada satu hari, ada seorang hamba Allah ni, aku dah WhatsApp cakap nak hantar barang COD ke rumah dia. Dia balas okay.

Setiap orang pasti ada rezeki dan ujian untuk dirinya. -Gambar hiasan

"Bila aku dah sampai, aku ketuk pintu dan bagi salam tapi tak dibuka. Bila aku call terus mati sebab dia tengah dalam panggilan dengan orang lain. Lama juga aku tunggu.

"Akhirnya dia buka pintu dan dia keluar, dia cakap dia tak ada wang tunai untuk bayar COD. Aku boleh bersabar lagi. Aku cakap tak apa boleh transfer duit.

"Lepas tu, ini yang paling aku marah sekali, dia boleh cakap tak ada duit dalam bank. Aku terus maki dia dan blacklist nama dia, tak akan jual barang lagi dekat dia lepas ni. Dia duduk rumah flat," kata warga maya itu.

Warga maya lain pula menegur nada lelaki itu yang sepertinya biadab dan memandang rendah kepada orang lain yang kurang bernasib baik.

Sebahagian komen warga maya.

"Dah memang tugas kau hantar barang, kalau alamat dekat mana sekali pun kau kena pergi hantar juga. Kalau tak nak kerja, boleh bagi kerja dekat orang lain.

"Jangan pukul sama rata semua orang, ada je penduduk flat yang okay. Kolot betul pemikiran kau ni bang.

"Kepada yang marah abang ni, meh saya nak ajak korang join kerja penghantar kurier, baru betul boleh faham situasi dia," balas seorang lagi pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain