suria

Cuci baju di dobi, kemudian ghaib! Ramai tak mahu jadi kuli, ada nak cari pahala tolong keluarkan dari mesin - “Bayangkan bra, panties kepam”

Lelaki ini geram baju sudah siap dibasuh di dobi layan diri tidak diambil pemilik.

MANUSIA semestinya mempunyai pelbagai ragam dan perangai tetapi janganlah sampai menyusahkan orang lain!

Seperti dialami seorang lelaki, dia meluahkan rasa marah dengan sikap sambil lewa sesetengah pengguna dobi layan diri sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang lain.

Melalui hantaran di laman Twitter, lelaki berkenaan menyelar mereka yang hanya membiarkan pakaian di dalam mesin basuh dan kemudiannya menghilangkan diri.

Ciapan asal di Twitter.

Sikap itu menyebabkan pengguna lain terpaksa menunggu lama sebelum dapat menggunakan perkhidmatan dobi layan diri itu walaupun proses basuhan dalam mesin sudah tamat.

"Jenis mereka yang lahir-lahir terus menyusu dengan monyet gelandangan (penting diri, tiada common sense). Itu yang tinggal je baju dalam mesin.

"Nanti owner dia datang aku snap gambar tunjuk kat korang macam mana rupa orang tu," kata lelaki itu, bengang.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak berpeluh terkurung dalam mesin basuh kedai dobi! Wanita ini dari awal dah boleh agak sesuatu bakal terjadi

ARTIKEL BERKAITAN: “Patutlah baju bau panggang” - Kecoh kedai dobi guna gas asli keringkan baju, netizen bimbang letupan jika abai aspek keselamatan

Setelah menunggu lama, lelaki berkenaan dengan rasa geram bertindak membawa keluar pakaian di dalam mesin basuh gara-gara pemiliknya tidak memunculkan diri.

"Sampai ke sudah tak ambil. Geram!" rungutnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, sesetengah warga maya berpandangan lelaki itu sepatutnya mengikhlaskan diri apabila membantu mengeluarkan pakaian dari dalam mesin basuh tersebut.

Bayangkan dalam timbunan pakaian tu ada bra atau seluar dalam orang yang kepam kita kena pegang.

WARGA MAYA

"Aku tak faham la, kenapa eh benda boleh dapat pahala percuma lagi nak dibuat dosa.

"Kalau la tolong keluarkan baju tu boleh dapat duit RM10,000, dah lama semua orang beratur untuk sambut baju tu. Ya Allah, kalau la pahala yang Kau beri ini dalam bentuk duit," kata seorang warga maya.

Dalam pada itu ada netizen berpendapat lelaki itu berdepan risiko dimarahi jika membawa keluar baju dari mesin basuh kerana dianggap menyentuh barangan peribadi.

"Boleh jadi dua benda. Satu, orang yang keluarkan baju tu kena marah sebab sentuh pakaian orang. Kedua, orang yang menunggu tu kena marah sebab kenapa tak tolong keluarkan kalau nak guna.

Pakaian milik orang lain yang dibawa keluar dari mesin.

"Pernah tegur orang macam ni. Dia cakap kenapa tak tolong je keluarkan. Benda hal kecil. Eh sibat kita bukan kuli. Buat timer dan pandai-pandai rancang bila masanya nak pergi ambil semula baju.

"Aku punya terbalik, aku tolong bawa keluar lepas tu dia marah-marah aku cakap kenapa kacau baju dia. Macam dia ingat aku ni pencuri pula.

"Aku memang tak nak tolong keluarkan baju dekat dobi ni. Bayangkan dalam timbunan pakaian tu ada bra atau seluar dalam orang yang kepam kita kena pegang," kata warga maya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Seorang pelayar menyimpulkan bahawa masing-masing berbeza pendapat dalam hal ini dan jalan yang terbaik adalah untuk setiap individu peka dengan basuhan sendiri.

"Semua orang ada perspektif. Ada yang okay nak bantu keluarkan baju dan ada yang tak nak. Kita kena hormati hak masing-masing.

"Kalau ikutkan prosedur operasi standard (SOP) di dobi layan diri pun ada sebut kalau baju kita tak diambil lepas siap basuhan, ia boleh dikeluarkan oleh orang lain. Jadi jangan nak melenting.

"Pokok pangkalnya, orang yang basuh baju tu tolong jangan leka. Bila basuh baju tu, set timer, pergi lepak mamak ke, lepas tu terus datang balik. Jangan gatal nak balik rumah ke apa," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain