SAMA ada emas mahupun perak, cincin merupakan simbol suci untuk menyatukan ikatan dua jiwa. Maka tidak hairanlah, ramai yang memilih untuk mengukir nama pada cincin walau hubungan yang terbina baru di fasa percintaan. Malah ada yang menganggap ia sebagai petunjuk bahawa si pemakai sudah berpunya dan tidak boleh diganggu oleh orang lain. Menyedari aksesori ini mempunyai nilainya tersendiri, pemilik Twitter @miramnhd berusaha mencari pemilik cincin yang ditemuinya semasa sedang bercuti bersama keluarga. Ciapan asal yang dibuat Amira bagi mencari pemilik cincin. “Malam kelmarin saya pergi berenang di kolam renang SOHO i-City (Shah Alam) dan terjumpa cincin ni yang terukir nama padanya. “Boleh kongsikan mesej ni, mungkin kita akan berjumpa tuannya. Nampak macam istimewa, mungkin sangat berharga untuk dia,” ciapnya ringkas. Bercerita kepada mStar, wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Amira ini berkata dia dan suami pergi ke lokasi tersebut untuk pertemuan keluarga. “Saja kami jalan-jalan sebab cuti panjang. Mak saya nak bawa cucu-cucunya berjalan. ARTIKEL BERKAITAN: Semua saspens acara sarung cincin, ada suara cakap ‘cincin tak muat’! Gadis terharu bakal mentua pantas selamat keadaan ARTIKEL BERKAITAN: Baik punya cincin emas lekat di tayar, wanita girang hati dapat rezeki terpijak... Tapi netizen bangkang, suruh cari pemilik sampai jumpa “Jadi masa trip dua malam bermula 1 Jun tu semua famili saya ada kecuali abang,” ujarnya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Disebabkan hanya ingin bersantai dan beriadah, dia bersama keluarganya menghabiskan masa yang lama di kolam renang pada keesokan harinya. “Dalam jam 8 malam macam tu, kami semua ke kolam renang dan pada masa tu memang ramai orang mandi. “Jadi kami berenang sampai masa habis... pengawal keselamatan di situ panggil keluar. I tiba-tiba terfikir entah-entah cincin tu memang dia buang. WARGA MAYA “Masa tu tinggal saya dan keluarga serta beberapa orang lagi. Masa nak keluar dari kolam, saya rasa terpijak sesuatu dan bimbang sekiranya serpihan jubin,” katanya yang kemudian mengutip benda yang dipijak, bimbang individu lain akan cedera jika dibiarkan di situ. Namun tanpa disangka, barang yang dikutip itu adalah cincin terukir nama 'Yuuna'. Masa berada di kolam yang telah tamat menyebabkan dia dan suami bersiap untuk kembali ke tempat penginapan sehingga terlupa tentang cincin yang ditemukan. “Masa tu dah jam 11.30 malam. Saya pun dah tak ingat berkenaan cincin sehinggalah hari saya pulang ke rumah di Shah Alam, Selangor. Ramai yang mengambil kesempatan beriadah bersama keluarga pada waktu cuti. -Gambar hiasan “Saya hanya sedar selepas mengemas barang yang dibawa bercuti tu... cincin ada dalam beg tangan saya,” luahnya yang mengambil keputusan untuk menulis bebenang menghebahkan tentang cincin berkenaan. Tambahnya lagi, dia terlupa untuk menyerahkan cincin tersebut kepada pihak pengurusan selepas mendaftar keluar dari penginapan. Berharap pemilik cincin ditemui, Amira berkata, dia melihat cincin itu sebagai sesuatu yang bernilai meskipun grednya 925, berikutan terdapat ukiran nama. Perkongsiannya itu menjadi tular di halaman Twitter sehingga mengundang pelbagai reaksi warga maya. Terdapat netizen yang menanda artis terkenal, Yuna di ruangan komen. “Semoga cincin ni jumpa tuannya semula. “Kebiasaannya kalau ada ukir nama, cincin kahwin. So must be meaningful to the owner. “Orang kata jangan kutip cincin kalau jumpa, takut ada ‘benda’ ikut sekali nanti,” ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang beranggapan cincin tersebut dibuang oleh pemiliknya yang putus cinta seperti yang biasa ditonton dalam drama atau filem. “I tiba-tiba terfikir entah-entah cincin tu memang dia buang. Biasanya dalam cerita If break up begitulah campak cincin. “Teringat, pernah naik bas pergi Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu. Kemudian ada pasangan gaduh, salah seorang baling cincin (saya agak) terpelanting dekat kaki suami aku. “Baru clash tu, dia baling cincin dalam pool tanda protes,” ujar beberapa netizen lagi. Bagaimanapun Amira mengakui bahawa dia tidak pernah terfikir tentang perkara ini. "Serius, masa tu langsung tak pernah terlintas di fikiran pasal ni... cuma fikir ia mungkin sangat berharga buat pemiliknya," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube