DURIAN sebagai raja buah mempunyai penerimaan yang berbeza-beza dalam kalangan masyarakat. Sama ada disenangi atau ditolak, yang pasti durian kekal sebagai buah premium dengan rasanya yang eksotik. Bagaimanapun, tular di Facebook baru-baru ini mengenai kewujudan satu varian durian aneh yang jelik jika dilihat isinya tetapi dikatakan mempunyai rasa yang unik. Isi durian yang sedang hangat dibincangkan di media sosial. Perkara itu mendapat perhatian ramai kerana dianggap sebagai satu bentuk penipuan untuk peniaga mengaut keuntungan atas angin daripada pelanggan. Seorang penjual durian kemudian tampil memberikan penerangan mengenai hal ini. "Bila dapat durian isi macam ni ramai pelangan yang tolak. Cakap isi durian dah rosak sebab isi warna kehitaman. "Tapi kami tak marah kalau pelanggan tolak durian ni. Kami lagi suka. Durian ni barang rare. Susah nak jumpa. Yang tahu sahaja akan menghargai. ARTIKEL BERKAITAN: Fuh! Duda sado bikin panas berniaga durian tayang badan - “Saya bukan jual maruah, masih pakai seluar” ARTIKEL BERKAITAN: Alahai durian! Sebelum ni tak mahu berbuah, musim PKP bukan main lebat... ibu gigih cari syarikat kurier nak pos untuk anak, tapi kenapa balut dengan songket? "Kalau dapat dekat pelanggan yang tahu selok-belok durian, melompat girang mereka dapat merasa durian ni. Nama diberi ialah Tupai King," kata peniaga itu melalui hantarannya. Menurut peniaga itu lagi, durian Tupai King hanya boleh diterima oleh tekak orang tertentu sahaja. "Ini durian selera bangsawan. Hanya yang tahu akan rasa dan tekstur isinya boleh menerimanya. Durian lebam-lebam ni rasa dia pahit manis. Selain itu bila makan isi dia rasa bergas, berlemak dan likat. WARGA MAYA "Kalah pada rupa, menang pada nikmatnya," ujarnya memberikan penjelasan. Walaupun begitu, perkongsian tersebut dipertikaikan warga maya yang bertanya mengapa peniaga berkenaan tidak berterus terang dengan pelanggan. "Memanglah pelanggan tu tolak kalau nampak isi macam ni, kenapa tak terangkan terus je. Cakap di media sosial apa guna. "Pelanggan bukannya pakar durian dan mereka tak boleh nak tahu durian ni sedap rasa sebenarnya, awak yang menjual kena la beritahu. "Aku kalau tengok durian lebam-lebam macam ni pun aku tolak sebab ingat dah masuk penyakit atau diserang ulat," antara komen warga maya. Ketibaan musim durian sentiasa dinanti-nantikan. -Gambar hiasan Ada juga yang menjelaskan bahawa durian sebegitu kebiasaannya berasal dari tanah perkuburan. "Selalu isi macam ni orang panggil durian kubur, kebanyakan yang tanam dekat kubur isi dia lebam-lebam. Ramai orang yang kalau tengok isi macam ni, terus tak nak. "Dulu arwah tok saudara ada tanam durian dekat tanah kubur, macam tu la isinya," ujar warga maya. Tidak kurang juga warga maya yang sempat berkongsikan bagaimana rasa durian dengan isi sebegini. "Durian lebam-lebam ni rasa dia pahit manis, ini pengalaman saya waktu jual dekat Sabah dulu. Selain itu bila makan isinya rasa bergas, berlemak dan likat. Reaksi komen warga maya yang pelbagai. "Tapi durian yang rasa macam ni tak semua orang boleh masuk, ada sesetengah je yang boleh hargainya," terangnya. Namun, ada juga pelayar yang mengatakan sesiapa yang hendak membeli durian perlu berhati-hati agar tidak senang ditipu. "Nak beli durian mana-mana pun minta buka dulu dan tengok betul-betul. "Kadang-kadang peniaga ni dia boleh pusing cerita cakap ini durian kelas kayangan tapi sebenarnya memang betul rosak. Habis basah kuyup kita kena 'sembur' dengan dia," katanya memberi peringatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube