suria

Bengang dengan aplikasi! Kedai tutup tapi tak boleh batal order... Pelanggan berlapar sepanjang malam, masa 4 rider terbuang

Masalah sering dihadapi apabila membuat pesanan makanan secara dalam talian.

SISTEM dalam talian juga tidak terkecuali daripada berdepan masalah meskipun memudahkan urusan generasi masa kini.

Seperti yang dikongsikan seorang pelanggan di Twitter, sistem yang dikatakan kurang efisien sebuah aplikasi pengendali makanan menyebabkan tiga penghantar (rider) terpaksa berputih mata selepas menerima pesanannya.

Mana tidaknya, dalam sistem pesanan yang dibuat olehnya menunjukkan telah diterima dan dihantar namun hakikatnya kedai makan tersebut sudah menutup operasi.

Bukan itu sahaja, aplikasi juga tidak membenarkan dia membatalkan pesanan, kononnya makanan yang dipesan sedang disediakan pihak restoran terbabit.

Ciapan asal yang dibuatnya.

Ciapan asal yang dibuatnya.

“Rider yang tiba di kedai akan batalkan pesanan mengambil dan aplikasi ini akan mencari rider baharu.

“Pusat panggilan pula beroperasi sehingga jam 10 malam. Pesanan dibuat pada pukul 10.20 malam dan sekarang 11.30 malam (waktu ciapan dibuat),” luahnya lagi.

Disebabkan tidak dapat membatalkan pesanan yang dibuat, dia bukan sahaja membazirkan masa menunggu makanan yang tidak akan dapat malah turut menyusahkan rider.

Mana tidaknya, sepanjang tempoh tersebut, empat penghantar makanan telah ditugaskan untuk mengambil pesanan di kedai berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit-sakit pun nak selesaikan ‘order’ dulu... Rider terlibat kemalangan dipuji amanah, siap panggil adik tolong sambung kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ada cara ‘special’ minta hantar makanan, rider pun pelik tapi layankan saja - “Ini baru contactless delivery”

Malah katanya, duitnya juga telah ditolak mengikut harga makanan yang dipesan.

“Kalau dah tiga rider canceled in a row, something must be wrong with the order or shop. Perkara macam ni pun tak boleh fikir ke?

“Rider keempat dalam perjalanan ke lokasi, buang masa saja... Kesian mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut beranggapan bahawa peneraju aplikasi tersebut hanya akan menyalahkan kedai makan kerana menutup operasi pada waktu yang tidak sepatutnya bukannya mengakui kelemahan sistem yang digunakan.

Pernah kena juga, tahu-tahu kedai tutup. Khdimat pelanggan pun tutup, akhirnya melopong duit dah tolak, perut pun lapar.

WARGA MAYA

Malah dia juga memboikot aplikasi tersebut kerana disifatkan menyusahkan pengguna.

Menjengah ke ruangan komen, pihak aplikasi berkenaan meninggalkan komen menyatakan bahawa mereka sudah menghubungi pelanggan berkenaan.

Rata-rata warga maya pula mula membuat perbandingan antara aplikasi mudah alih pengendali restoran dan kedai makan.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama seperti pemilik Twitter tersebut.

Perkongsiannya berhubung kedai tutup tetapi pesanan tidak dapat dibatalkan.

Perkongsiannya berhubung kedai tutup tetapi pesanan tidak dapat dibatalkan.

Same thing happened to me twice but with another application. Only Grab ever since, any issue pun quick to resolve.

“Pernah jadi macam ni masa dekat Pulau Pinang. Kedai pindah lokasi, tapi pemilik tak kemaskini... tiga rider pergi sana dan akhir sekali ada yang hubungi maklumkan kedai dah tutup untuk aku batal tapi tak boleh.

“Pernah kena juga, tahu-tahu kedai tutup. Khdimat pelanggan pun tutup, akhirnya melopong duit dah tolak, perut pun lapar.

“Berlaku pada saya beberapa hari lalu. Moved to Cyberjaya and decided to order from S******* again, had to wait 30 minutes (couldn’t cancel myself) just for them to cancel my order due to no rider,” ujar beberapa warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain