suria

Akhirnya dapat jejak ‘pantai viral’, terbangkan dron! Pemuda bimbang ramai buang sampah, indah cuma sementara

Aysraf menerbangkan dron miliknya di lokasi itu pada Sabtu.

PANORAMA memukau laluan di lereng bukit bersebelahan dengan laut menyebabkan Pantai Pasir Lanun di Mersing, Johor, tiba-tiba tular dalam kalangan netizen.

Sejak beberapa minggu lalu, lokasi itu terus 'dikerumuni' orang ramai yang mahu merakam gambar kenangan serta menyaksikan sendiri keindahan alam di sana.

Seorang pekerja kurier, Asyraf Sulung, 29, turut berkunjung ke pantai itu pada Sabtu untuk menerbangkan dron DJI Mini Pro 3 miliknya.

"Saya menetap di Skudai. Untuk ke lokasi itu, saya perlu melalui perjalanan dalam dua ke tiga jam. Saya ke sana bersama dengan adik.

"Saya pun pada awalnya tengok di Facebook, ada orang viralkan lokasi itu. Saya tengok macam cantik je, terus pergi ke sana.

"Sebelum ini saya tahu ia ada pantai saja dan tak ada jalan raya. Dulu ia belum tar. Sekarang dah ada jalan, makin cantik," ujarnya kepada mStar.

Tempatnya memang cantik dan bersih. Tapi nak naik dari bawah seram juga sebab ia berbukit.

AYSRAF SULUNG

Ketika berada di sana, Asyraf berkata dia sempat menerbangkan dron miliknya selama sejam untuk merakam visual 'golden hour' dari pandangan udara.

"Saya baru setahun main dron. Itu pun sebab terpengaruh tengok orang main dron dekat TikTok. Terus saya beli.

"Masa ke sana, saya nak parking atas bukit tapi dah penuh. Jadi saya parking kat bawah, kemudian saya panjat naik ke atas untuk terbangkan dron," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Video dron rakam suasana desa dengan alunan takbir raya raih ratusan ribu tontonan, tapi selepas viral kenapa pelajar ini perlu mohon maaf?

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sanggup terbangkan dron, jadi juruvideo sambilan demi ubah bilik zaman kanak-kanak jadi home studio... kos bawah RM5,000 je!

Di sebalik keindahan panorama, Asyraf turut meluahkan rasa bimbang memandangkan lokasi itu semakin dipenuhi orang ramai.

"Tempatnya memang cantik dan bersih. Tapi nak naik dari bawah seram juga sebab ia berbukit. Laluannya sempit. Jumlah kereta pun orang kata makin sesak. Masa saya pergi belum ramai.

"Di sana, ramai orang berhenti untuk ambil gambar. Nasihat saya, bila tengah viral ni, sampah kena jaga. Saya juga risau keselamatan sebab jalan sempit untuk kereta. Jalan curam.

pantai2

Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan panorama di sini.

"Saya juga risau, takut yang bawa anak-anak kecil. Harapnya tak berlaku apa-apa kejadian tak diingini," ujarnya yang merancang untuk ke sana lagi pada masa akan datang.

Di aplikasi TikTok, ramai netizen turut meninggalkan komen memuji keindahan lokasi itu yang dianggap setaraf pemandangan luar negara.

Penduduk tempatan turut meninggalkan komen, mengakui bimbang dengan kebanjiran orang ramai selepas lokasi itu viral.

mersing

Panorama laut yang boleh dilihat ketika melalui jalan ini.

"Dah viral. Ramai yang datang. Harap masing-masing reti la nak jaga. Jangan tinggal sampah kat situ.

"Dia punya penuh tu tak kira hujan ke panas. Aku yang duduk Mersing pun stres, datang tak pernah kosong.

"Yang duduk tengah jalan atas bukit tu, sumpah tak patut. Kereta terpaksa stop. Dah la susah naik sebab curam," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain