suria

Video dron rakam suasana desa dengan alunan takbir raya raih ratusan ribu tontonan, tapi selepas viral kenapa pelajar ini perlu mohon maaf?

Video itu dihasilkan oleh pelajar Politeknik Banting, Muhammad Syamil Zaki Roseman, 20, sehingga ia meraih lebih 300,000 tontonan setakat ini.

KES Covid-19 kembali meruncing di negara kita sehingga merekodkan lebih 2,000 kes harian sejak beberapa hari lalu.

Ia sekali gus memberi bayangan bahawa pergerakan rentas negeri tidak akan dibenarkan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada bulan hadapan.

Terbaharu, video yang dihasilkan menggunakan dron, memaparkan suasana Kampung Tali Air, Morib, Selangor yang disunting dengan takbir raya sebagai muzik latar ternyata menyentuh hati ramai netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Instagram kongsi gambar KLCC dirakam anak Malaysia, berbaloi jurutera ini keluar subuh angkut dron!

ARTIKEL BERKAITAN: Gempak, laju lain macam! Pelajar terbangkan ‘racing drone’ atas sungai ketika berkhemah rupa-rupanya juara dunia

Video itu dihasilkan oleh pelajar Politeknik Banting, Muhammad Syamil Zaki Roseman, 20, sehingga ia meraih lebih 300,000 tontonan setakat ini.

Mesra disapa Zack, penuntut bidang Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan itu mengakui tidak sangka video berkenaan akan menjadi tular sehingga ada yang mengalirkan air mata kerana rindu akan kampung halaman masing-masing.

"Video tu sebenarnya saya rakam pada bulan lepas. Cuma saya baru upload di TikTok dalam dua ke tiga hari lalu.

Zack mengakui tak sangka video yang dikongsi akan meraih perhatian ramai.

"Idea bermula ketika saya tonton YouTube untuk tengok isu-isu semasa dalam negara. Tengok mengenai kes Covid-19, macam semua tak boleh balik raya tahun ni.

"Kebetulan terkeluar takbir raya. Jadi saya tengok balik rakaman dron lama itu dan saya sunting masukkan takbir raya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya upload selepas bersahur, tak sangka video tu akan viral. Kebanyakan yang komen memang sedih, mereka semua di bandar dan kemungkinan tak boleh balik kampung.

"Jadi video itu mungkin boleh ubati rindu mereka. Saya nak minta maaf kepada sesiapa yang menangis kerana tengok video tu. InsyaAllah ada rezeki boleh balik nanti," ujarnya.

Tengok mengenai kes Covid-19, macam semua tak boleh balik raya tahun ni.

ZACK

Menurut Zack yang juga anak kelima daripada enam beradik, dia sebenarnya sudah berjinak-jinak dalam dunia fotografi ketika di bangku sekolah lagi.

Kemudian, minat itu bercambah pula ke bidang video sebelum dia turut mempelajari kemahiran untuk menerbangkan dron.

"Dulu masa sekolah menengah saya masuk kelab fotografi. Masa tu guna kamera DSLR. Lepas habis sekolah, saya bekerja di sebuah studio.

Antara hasil karya anak muda itu.

"Di situ saya banyak belajar mengenai foto dan video. Kemudian baru tahun ni pakcik saya beli dron. Yang tu sebenarnya dron milik pakcik yang saya pinjam," ujarnya.

Selain TikTok, Zack turut berkongsi hasil karya video miliknya menerusi Instagram dan YouTube.

Bercerita mengenai dirinya, Zack berkata dia belum memutuskan untuk bekerja dalam bidang kejuruteran mahupun videografi.

Namun katanya, dia yang meminati kedua-dua bidang itu hanya berserah kepada takdir dan menerima seadanya rezeki kurniaan Allah.

"Pada asasnya memang cita-cita minat dalam bidang engineering. Sebagai hobi, saya juga minat hasilkan foto dan video.

Zack berkata, minat dalam penghasilan foto dan video bercambah ketika dia di bangku sekolah lagi.

"Kalau ada rezeki dalam salah satu bidang ini, saya terima. Yang satu lagi boleh dijadikan sebagai back up," ujarnya berseloroh.

Untuk rekod, Zack memiliki lebih 72,000 pengikut di TikTok.

Dalam temubual sama, Zack turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua individu yang banyak menyokong karyanya di media sosial.

"Terima kasih kepada sesiapa yang sokong sejak awal saya berkarya. Saya pun masih belajar dan banyak belajar dari kesilapan.

"Kepada yang berminat atau baru nak mulakan minat dalam bidang ini, teruskan minat anda. Buat saja selagi mampu," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain