suria

Abang guard kulit ‘bersisik’ suka buat video Tiktok waktu malam, ada yang kata terkena sumpahan - “Tak perlu kaitkan ibu, arwah ayah saya”

Mamat rajin menjawab pertanyaan dan komen netizen di aplikasi TikTok meskipun berbaur negatif.

SEORANG pemuda tidak menyangka perkongsian video yang memaparkan dirinya di aplikasi TikTok meraih perhatian gara-gara kulitnya yang 'bersisik'.

Walaupun berkali-kali menjelaskan keadaan itu disebabkan penyakit kulit yang dihadapinya, namun masih terdapat netizen yang membangkitkan persoalan dengan komen yang tidak wajar.

"Bang, hilangkanlah tatu tu," komen seorang netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin sporting layan pertanyaan 'tangan bengkak, benjol'... pernah disakat teruk rakan-rakan suami sebelum kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 'hilang' nikmat makan guna tangan sebab ekzema - "Saya sampai total lost, rasa nak potong tangan tapi..."

Pemuda berkenaan, Muhammad Hassan tampil menjelaskan bahawa dia mengalami sejenis penyakit kulit yang dinamakan Ichthyosis sejak lahir.



Mamat menghidap penyakit kulit sejak lahir.

Anak ke-11 daripada 12 beradik itu berkata, empat lagi adik-beradiknya termasuk adik lelaki turut menghidap penyakit kulit yang sama.

"Ini penyakit kulit yang saya alami sejak lahir. Saya ada menjalani rawatan di hospital. Keadaan kulit saya di seluruh badan seperti bersisik dan ketebalannya adalah berbeza di sesetengah bahagian.

"Kulit saya ini juga sensitif jika terdedah kepada cahaya matahari. Kalau terdedah lama, kulit akan merah-merah dan mengelupas sehingga terkopek. Bila luka tu yang buat pedih dan sakit," katanya kepada mStar.



Bersama adiknya yang juga mengalami penyakit kulit.

Lebih dikenali sebagai Mamat, pemuda berusia 24 tahun itu mengakui dihujani pelbagai pertanyaan dan komen-komen negatif yang berkaitan kulitnya.

"Selain kata saya pakai tatu, ada yang tanya adakah keadaan kulit saya tu disebabkan oleh terkena sumpahan sewaktu kecil.

Saya buat video di TikTok bukan sekadar untuk mendidik, malah mahu memberi motivasi kepada mereka yang senasib dengan saya tetapi malu untuk keluar di khayalak ramai

MAMAT

"Tapi apa yang saya betul-betul kecil hati apabila ada yang mengaitkan kulit saya dengan kata adakah arwah bapa saya ada pukul ular ketika ibu mengandungkan saya.

"Saya tidak minta dilahirkan begini. Tapi tak perlu berikan komen-komen yang tidak sensitif mengaitkan ibu dan arwah ayah," katanya sambil menambah bapanya meninggal dunia akibat sakit tua pada 2009.



Mamat mahu memberi kesedaran mengenai penyakit kulit yang dihadapinya.

Anak kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan itu mengambil inisiatif dengan berkongsi video-video di aplikasi TikTok untuk mendidik masyarakat mengenai penyakit kulitnya.

"Saya rajin buat video TikTok waktu malam kerana lebih tenang dan lebih ramai followers ketika itu. Saya mahu perbetulkan persepsi masyarakat bahawa penyakit kulit yang saya alami ini sebenarnya tidak berjangkit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pada peringkat awal, saya akui agak sukar. Jadi, saya ambil pendekatan dengan berbual bersama followers untuk mereka selesa dengan saya, sebelum menjawab segala pertanyaan dan kekeliruan mereka," ujarnya sambil bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga untuk bersikap lebih yakin atas kekurangan yang dialaminya.

Menurut Mamat, tidak dinafikan penyakit kulit itu turut memberi kesukarannya kepadanya untuk mendapatkan pekerjaan sebelum dia diberikan peluang untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Ampang, Selangor.



Mamat bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Dia yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sejak lima tahun lalu turut mengakui pekerjaannya itu membuatkan dirinya sering berhadapan dengan ramai orang.

"Ada yang terkejut atau cuba menjauhkan diri apabila bertembung dengan saya. Tapi kerja saya yang selalu jumpa orang ramai membuktikan bahawa penyakit kulit saya ni tidak berjangkit.

"Saya buat video di TikTok bukan sekadar untuk mendidik, malah mahu memberi motivasi kepada mereka yang senasib dengan saya tetapi malu untuk keluar di khayalak ramai.

"Saya kata sampai bila nak berkurung dalam rumah. Pedulikan dengan orang sekeliling, kita bukannya susahkan orang pun. Bangkit dan keluar dengan penuh yakin," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain