suria

Selesai urus jenazah ibu, pengantin terus akad nikah! Isteri terharu suami kotakan janji di saat dirinya tak kuat

Pengantin lelaki berdepan kematian ibu pada hari dia dinikahkan.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisah seorang pemuda dikenali sebagai Ikmal yang berdepan kematian ibu tercinta pada hari dia bernikah dan melangsungkan perkahwinannya, Sabtu lalu.

Menurut isterinya yang dikenali sebagai Ianna Baharin, Ikmal perlu menguruskan jenazah ibunya pada sebelah pagi sebelum majlis akad nikah mereka dijalankan pada waktu petang.

penantin3

Sebahagian sahabat pengantin yang hadir ketika majlis akad nikah.

"3 Jun 2023. Pagi uruskan jenazah ibu tercinta. Petang halalkan isteri tercinta. Terima kasih jadikan saya isteri awak di saat awak sendiri pun tak kuat.

"Allah, besar dugaan awak suami. Saya janji ada dengan awak sampai bila-bila. Terima kasih sahabat-sahabat suami.

"Semoga Allah permudahkan urusan kita semua," tulis wanita itu pada kapsyen video di aplikasi TikTok.

Dalam kehilangan ibu tercinta, Allah gantikan dengan bidadari syurga.

NETIZEN

Sehingga kini, video itu meraih hampir 800,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Rata-rata pelayar TikTok menitipkan ucapan takziah dan mengakui sebak melihat dugaan besar yang terpaksa dilalui Ikmal pada hari bahagianya.

"Satu-satunya tarikh yang takkan dia lupa sampai bila-bila. Dalam kehilangan ibu tercinta, Allah gantikan dengan bidadari syurga.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru cecah 21 tahun, pengantin lelaki berlinangann air mata selepas akad nikah... Apa sebenarnya berlaku? - “Tak sabar nak jadi bapa”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berjurai air mata di pelamin, hiba tengok bapa menangis tak sanggup ‘lepas’ anak bongsu - “Saya kira, memang sembilan kali ulang lafaz”

"Tahniah dan salam takziah. Mesti berbelah bahagi nak sedih atau happy kan? Dah tertulis rezeki untuk menggantikan si ibu untuk penguat suami.

"Allahuakhbar beratnya dugaan. Semoga dipermudahkan semua urusan.

"Hilang ibu Allah hantar isteri. Dua sosok wanita yang paling istimewa untuk kaum lelaki," tulis beberapa netizen.

ikmal2

Netizen di TikTok tidak putus-putus menitipkan doa buat pasangan ini.

Dalam pada itu, beberapa individu yang pernah berdepan pengalaman sama turut berkongsi kisah mereka di ruangan komen.

"Saya pun sama, hari mak saya meninggal sama dengan anak saya lahir. Paling sakit ialah saya tak dapat tengok mak buat kali terakhir sebab masih dalam wad.

"Aku pula mak meninggal sehari sebelum. Mak meninggal Jumaat lepas Isyak. Esok Sabtu kakak aku nikah. Kenduri kahwin jadi tahlil. Suasana hiba," kongsi beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain