suria

Kesan darah, kuping luka di cadar! Isteri tak sanggup tidur dengan suami ekzema, bising menggaru sampai katil bergegar

Ekzema boleh menyebabkan kehidupan seseorang terganggu. -Gambar hiasan Facebook

PENYAKIT kulit ekzema biasanya sering dikaitkan dengan golongan kanak-kanak.

Menerusi laman Twitter, seorang wanita membuat luahan tentang suaminya yang berdepan masalah sama.

Menurut pengadu, ekzema suaminya semakin teruk sehinga kesan darah dan kuping luka sering ditemui pada cadar dalam bilik tidur mereka.

66792214_1258480634358379_3063932727259561984_n

Ekzema juga boleh berlaku kepada orang dewasa. -Gambar hiasan Facebook

"Saya dah kahwin hampir 10 tahun dan ada anak seorang. Suami saya ada ekzema dari kecil tapi makin teruk dan kronik sejak setahun dua tahun ini.

"Selain muka dan dada, tak ada tempat kat badan dia yang bersih dari luka-luka ekzema. Cadar kami memang sentiasa ada darah dan kuping luka," dedahnya.

Tambah wanita itu lagi, masalah ekzema suaminya yang semakin teruk turut menganggu keharmonian rumah tangga mereka.

Saya takut benda ni boleh buat dia depress dan paling takut sampai boleh jejaskan rumah tangga.

ISTERI

"Masalah itu saya tak kisah tapi sejak kebelakangan ni, ia makin teruk. Suami menggaru sepanjang malam sampai ganggu tidur saya dan anak sebab bunyi bising dan katil bergegar-gegar.

"Dah banyak malam saya bawa anak tidur bilik lain sebab tidur kami sangat terganggu. Saya cuma bagi alasan anak yang insist (bertegas) ajak tidur playroom (bilik permainan).

"Saya tak sampai hati nak beritahu suami sebab yang sebenar. Saya tahu dia lagi menderita nak hadap gatal tu semalaman," ujar pengadu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘makan luar’ punca isteri dapat HIV, tapi tetap maafkan sebab sayang! Segera bertindak jika alami 10 simptom ini

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sakit kanser sedia untuk ‘pergi’, suami asyik hilang tengah malam! Luluh dapat tahu penyondol itu adik kandung sendiri

Menurut wanita itu lagi, masalah berkenaan juga banyak memberi kesan terhadap keyakinan diri suaminya.

Tambahnya, dia juga risau sekiranya keadaan itu melarat sehingga membuatkan suaminya depresi suatu masa nanti.

"Dan situasi ini turut menjejaskan keyakinan dirinya. Dia pernah broke down sebab keadaan kulit dia teruk sangat.

118517756_1290882901250173_3495480329723643111_n

Pelbagai jenis ubat ekzema dijual di pasaran. -Gambar hiasan Facebook

"Saya takut benda ni boleh buat dia depress dan paling takut sampai boleh jejaskan rumah tangga," ujarnya lagi.

Luahan hati wanita itu disiarkan menerusi laman Twitter pengacara terkenal Ahmad Fedtri Yahya.

Wanita itu turut memohon orang ramai agar menyalurkan maklumat mengenai kaedah untuk merawat penyakit suaminya itu.

Di ruangan balas, ramai netizen turut berkongsi mengenai ubat-ubatan, petua serta tempat rawatan ekzema untuk suami wanita berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain